Pertama Kali Dengar! Resepi Ayam Coca-Cola Macam Pelik Tapi Nampak Sedap!
0 comments
Air minuman berkarbonat, Coca-Cola atau Coke telah menjadi salah satu minuman kegemaran ramai sejak dahulu lagi. Lebih-lebih lagi jika ada majlis keramaian, Coke mesti menjadi pilihan!
Namun begitu, Maduners tahu tak yang air Coke juga boleh dimasukkan dalam masakan? Biar betul!
Ya, betul. Semuanya gara-gara satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aliah Siti yang berkongsi resipi Ayam Masak Coke di laman TikTok.
@ctalyh Siapa yg dm request tu dia yg kena pegang camera😂😂#alimasak #fyp #tiktokrecipe #trendingrecipeontiktok ♬ original sound – Aliah Siti
Bahan-Bahan:
- Dua belas ketul ayam bahagian kepak
- Daun bawang
- 5 hiris halia
- Minyak masak
- Dua ulas bawang putih
- Bunga lawang
- Tiga sudu kicap cair
- Satu sudu kicap pekat
- Satu tin air Coke
- Hirisan cili
Cara Penyediaan:
- Pertama sekali, Maduners rebus ayam dengan 2 hiris halia dan hirisan daun bawang sehingga mendidih, kemudian toskan air.
- Dengan menggunakan sedikit minyak masak, goreng ayam yang telah direbus sehingga ‘golden brown’ dan masukkan 3 ulas bawang putih, 3 hiris halia, 1 bunga lawang, daun bawang, 3 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap pekat.
- Seterusnya, masukkan 1 tin air Coke dan biarkan mendidih sehingga 8 minit dan tutup dengan penutup periuk.
- Bila Maduners nampak kuah semakin pekat, taburkan daun bawang dan hirisan cili. Letak cili ikut citarasa masing-masing okay. Kalau suka pedas, lebihkan. Kemudian, siap untuk dihidang!
Tak sangka ya, boleh gunakan Coke dalam masakan! Madu tertanya-tanya, macam mana rasanya. Maduners kalau ada yang dah cuba jangan lupa kongsikan menjadi atau tak. Selamat mencuba!