Pesan Si Ibu Buat Ramai Tersentuh, “Dia Yang Memilih Untuk Terbang Maka Lepaskanlah”
Seorang ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna twitter @AinulNunanaa ada berkongsikan tangkapan skrin dari seorang ibu yang sangat menyentuh hati ramai pembaca.
Emak siapalah yg beri nasihat ni. Betul-betul terpujuk hati ni oleh kata-kata beliau 🥺 pic.twitter.com/Gdo3E0u6q3
— REBEL #FreePalestine 🇵🇸 (@AinulNunanaa) July 26, 2021
Menerusi perkongsian itu, si ibu menasihatkan agar anak teruna dan dara diluar sana dapat bersederhana dalam memilih pasangan hidup dan jangan hanya melihat pada rupa, sebaliknya carilah pasangan yang taat pada agama terutamanya perempuan.
“Buat teruna dan dara tersayang.. bersederhanalah dalam memilih pasangan hidup, sebab rupa tidak menjamin apa-apa. Pilih lah yang taat beragama boleh membimbing kita..lebih-lebih sekiranya kita seorang perempuan”
“Pilihlah yang boleh menerima kita dan keluarga kita. Pilih orang yang tahu apa itu erti tanggungjawab dan mampu jalankan tanggungjawab itu”
Memang tidak dapat dinafikan, mencari pasangan hidup dan ingin kekal dalam sesebuah hubungan juga bukanlah sesuatu yang mudah.
Si ibu juga memesan supaya melepaskan sahaja jika seseorang itu memilih untuk pergi.
“Dia yang memilih untuk terbang, makan lepaskan lah. Mungkin ada padi lebih baik di tapak tangan orang lain, lalu dia memilih untuk makan di situ.
Kata-kata dan puisi yang dimuat naik di laman Twitter itu ternyata menyentuh hati ramai pihak dan ada juga segelintir dari mereka berkongsi nasihat yang sama.
“Sebab itu Allah jauhkan kita daripada seseorang yang tidak layak untuk kita, kerana Allah yang Maha mengetahui siapa yang terbaik dan tepat untuk kita mengikut takdirNya. Allahu betul-betul terpujuk” – @snowflaxss
“Ni kalau makcik ni buat voice or video ayat dia tulis ni confirm meleleh air mata i”- @mirashafiee
“I jumpa ni kat fb tadi sehari nangis” – @yeoboseyo_itsme
Bak kata pepatah “orang tua lebih makan garam dulu dari kita” pastinya apa yang dipesan adalah kerana mereka pernah lalui bermacam kerenah kehidupan.