Petua untuk Kelihatan Cantik dan Berseri Sebelum Keluar Bersama Bae – Manis Madu

Petua untuk Kelihatan Cantik dan Berseri Sebelum Keluar Bersama Bae

Hey Maduners! Nak tahu tak rahsia disebalik kecantikan sebenar datang dari mana? Haaaa….jeng jeng jeng…. rahsianya ialah bahan tradisional!!

 

Mungkin sesetengah Maduners tidak tahu tentang hal ini, jadi Madu ada sediakan petua untuk 5 jenis bahan. Maduners boleh cuba petua ini di rumah untuk kelihatan cantik dan berseri sebelum keluar bersama bae nanti. Let’s get it!!

#1 Asam Keping

Sumber Gambar: Khalifahmedia.bbn.my

 

Aik?? Kenapa bahan masakan ini ada kena mengena dengan kecantikan pulak?? Haa, untuk pengetahuan Maduners, asam keping ini banyak khasiatnya. Untuk bab kecantikan, Maduners boleh kelihatan awet muda dengan meminum airnya.

Cara Penyediaan:

  • Rendamkan 1-2 asam keping ke dalam cawan yang berisi air panas.
  • Tunggu sehingga suam.
  • Minum airnya.

#2 Asam Jawa

Sumber Gambar: Merdeka.com

 

Bahan masakan melayu ini pun boleh menyumbang kepada kecantikan muka tau! Fun facts tentang bahan ini, ia boleh menghilangkan masalah terbesar setiap Maduners lalui iaitu jerawat!!!

 

Cara Penyediaan:

  • Rendam 3 biji asam jawa ke dalam air panas.
  • Tunggu sehingga ia menjadi sejuk.
  • Tapiskan air dengan asam jawa.
  • Air asam jawa tadi dijadikan air untuk mencuci muka setiap pagi.

#3 Cuka Epal Cider

Gabungan epal dan cuka merupakan kombinasi yang bagus untuk Maduners merawat masalah sunburn. Sekali pakai, Maduners akan kelihatan lagi berseri daripada sinaran matahari apabila bertemu bae nanti.

Cara Penyediaan:

  • Gabungkan 4 cawan air ke dalam setengah cawan cuka epal cider.
  • Serapkan kain lap ke dalam solution.
  • Letak di bahagian yang kena sunburn.
  • Urut perlahan-lahan di bahagian sunburn.
  • Ulangi langkah ini setiap hari sehinggalah sembuh.

#4 Kulit Pisang

Photo by Julia Kuzenkov on Unsplash

 

Maduners suka makan pisang tak? Kalau suka, Madu mintak jangan buang kulitnya. Kenapa? Kulit pisang ini boleh mengurangkan kedutan di muka Maduners. Haaa, kan best bila muka tiada kedutan.

Cara Penyediaan:

  • Gosok kulit pisang tersebut di permukaan muka.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Renjis dengan air.

#5 Green Tea

Image by apple deng from Pixabay

 

Konnichiwa Maduners! Green Tea buatan Jepun ini boleh dijadikan senjata untuk Maduners mengawal kulit berminyak. Dengan bahan ini, muka Maduners akan tampak lagi berseri dan bersih seperti orang Jepun.

Cara Penyediaan:

  • Panaskan air sehingga menggelegak dan letakkannya ke dalam mangkuk besar.
  • Potong uncang Green Tea ke dalam mangkuk besar.
  • Biarkan Green Tea diserap dengan air panas selama 1-2 minit.
  • Gunakan tuala di atas kepala untuk menghalang wap Green Tea dari terkeluar.
  • Pastikan muka menghadap wap Green Tea dan biarkan steam meresap ke muka.
  • Jika terlalu panas, angkat tuala sekejap untuk melepaskan wap steam.

Yang bestnya tentang cara tradisional ini, kita dapat menggunakan bahan ini tanpa penggunaan kimia. Oleh itu, Madu ucapkan best of luck kepada Maduners yang hendak mencuba cara ini!

Post a Comment