PhotoBooth “Saya Sudah Divaksin” Kini Ada Di Filter Instagram! – Manis Madu
PhotoBooth “Saya Sudah Divaksin” Kini Ada Di Filter Instagram

PhotoBooth “Saya Sudah Divaksin” Kini Ada Di Filter Instagram!

Perkara wajib yang perlu dibuat selepas disuntik vaksin pastinya bergambar di photobooth vaksin. Kalau kita dapat tengok di media-media sosial ramai yang berkongsikan gambar dan video “saya sudah divaksin”.

 

Kalau nak dapatkan gambar yang sempurna memang tak sempat sebab ramai lagi yang sedang menunggu. 

 

Melihat kepada permasalahan itu, seorang pengguna Twitter @blueasyraff telah mencipta satu filter Instagram “Saya Telah Divaksin” sebelum dikongsikannya di Twitter.

“I came across bila scroll Instagram, lepas orang cucuk vaksin mostly upload gambar tak berapa cantik dengan backdrop, background placing, tercrop sana sini” – @blueasyraff

 

Filter Instagram yang dicipta itu bukan sahaja boleh diguna untuk insta story sahaja, malah  boleh dimuat naik di feed Instagram juga.

 

Apa yang lebih menarik, perkataan “Saya Sudah Divaksin” tersebut terdapat dalam pelbagai Bahasa seperti Bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan juga dalam tulisan Jawi.

Kemudahan yang ada ini secara tidak langsung dapat memberi kepuasan sekaligus dapat memberi kemudahan kepada pengguna.

 

Walaupun sudah balik dari pusat vaksin pun masih boleh bergambar. Lepas ini boleh pakai filter sahaja, tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lama!

Post a Comment