Pilih Mengandung Sembilan Bulan Sebab Tak Mampu Beli Tuala Wanita, Wujud Masalah Kemiskinan Haid! – Manis Madu
Masalah Kemiskinan Haid

Pilih Mengandung Sembilan Bulan Sebab Tak Mampu Beli Tuala Wanita, Wujud Masalah Kemiskinan Haid!

Pernah dengar tak tentang ‘Kemiskinan Haid’ sebelum ini? Mungkin ramai yang pernah dengar tetapi tidak mustahil ramai yang tidak tahu malah tak sedar akan kewujudan istilah itu di Malaysia.

A woman passes a menstrual product to another

Kemiskinan haid adalah satu situasi apabila individu perempuan atau keluarga tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan.

 

Terdapat kajian yang dibuat oleh seorang pakar sosiologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Syarifah Fatimah Al Zahrah Al Attas berkaitan isu ini.

 

Beliau berkata golongan wanita di kawasan luar bandar kebanyakannya menggunakan lampin dewasa yang boleh diulang pakai selepas dicuci.

gray concrete pathway

Golongan wanita di bandar pula, lebih mudah menggunakan tuala wanita pakai buang kerana banyak urusan seperti bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

 

“Ada yang guna kertas, surat khabar lama untuk serap darah. Mungkin itulah cara mereka menguruskannya, sebab tak banyak (orang) yang tanya,” kata Fatimah.

Nigeria children sitting on chair

Untuk pengetahuan korang juga, pada tahun 2019, laporan mendedahkan segelintir pelajar perempuan tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh haid kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

 

Bayangkan dalam sebulan, tempoh haid dalam lingkungan tiga hingga tujuh hari. Bermakna hampir 90 hari mereka tidak hadir ke sekolah dalam setahun! Perkara ini juga akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

 

Lagi membimbangkan, terdapat juga wanita yang memilih untuk hamil bagi mengelakkan membeli tuala wanita kerana mereka tidak akan datang haid dalam tempoh sembilan bulan.

 

Isu ini semakin mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat.

 

Tambahan lagi, sudah terdapat kempen yang dilaksanakan berkaitan permasalahan ini.

 

Pada 22 Disember 2019, aktivis Gerak Malaysia, Nursyuhaidah A Razak telah melancarkan kempen #PeduliMerah yang memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat berkaitan isu ini di samping membantu golongan yang tidak bernasib baik mendapat bantuan sepatutnya.

Korang boleh tengok dan boleh turut serta dalam kempen ini untuk membantu menangani kemelut ini. Go check them out!

Post a Comment