Pilih Sebelum Tempah, Itu Modes Operandi ‘Adik Sayang, Abang Sayang’ Jual Pelacur – Manis Madu
Adik-sayang-abang-sayang

Pilih Sebelum Tempah, Itu Modes Operandi ‘Adik Sayang, Abang Sayang’ Jual Pelacur

Menggunakan aplikasi ‘MiChat’ sebagai platform untuk kumpulan ‘Adik Sayang, Abang Sayang’ melacurkan wanita, gambar wanita akan dimasukkan untuk pilihan pelanggan sebelum ditempah.

 

Dikatakan kebiasaanya untuk menempah wanita bagi melakukan aktiviti yang tidak senonoh adalah dikenakan antara RM250 sehingga RM300 bergantung kepada beberapa kriteria seperti usia dan kecantikan pilihan yang ada.

 

Kumpulan ‘Adik Sayang, Abang Sayang’ dipercayai telah aktik sejak tiga bulan yang lepas dengan lokasi ‘aktiviti’ di Kubang Kerian.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya percaya masih ramai lagi wanita yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dan ada dalam kalangan mereka berstatus ibu tunggal.

 

“Kesemua mereka adalah rakyat tempatan dan menerima bayaran antara RM250 hingga RM300,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Shafien berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik sindiket itu.

 

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengesan individu lain yang terbabit termasuk melakukan serbuan seterusnya,” katanya.

Post a Comment