Pilihan Destinasi Percutian Terbaik Selepas Pandemik Covid-19 – Manis Madu
Pilihan Destinasi Percutian Terbaik Selepas Pandemik Covid-19

Pilihan Destinasi Percutian Terbaik Selepas Pandemik Covid-19

Mesti Maduners tak sedang duduk lepas kerajaan umumkan yang Maduners dah boleh mula rentas negeri bermula 10 Jun 2020.

 

Maksudnya kita dah boleh lakukan percutian secara domestik. Yahuuuu! Madu tak sabar nak bawa ahli keluarga bercuti, dah lama sangat rasanya tak bercuti bersama keluarga.

 

Jadi, Madu pun nak bantu Maduners kongsi destinasi dalam negeri terbaik untuk Maduners jadikan pilihan untuk bercuti bersama keluarga!

#5 Terengganu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmair Zainal (@azmair) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Imran Talib (@imrantalib) on

Rindunya pantai-pantai di Terengganu! Lepas PKPB ini wajib kena pergi ke pulau-pulau yang ada di negeri Terengganu sebab dah terlalu lama tak mandi-manda di lautan yang jernih.

 

Kalau sembang pasal makanan di Terengganu pula, mestilah kena cari nasi dagang! Nasi dagang makan waktu sarapan memang daboom!

#4 Melaka

dutch-square-melaka

Melaka memang sesuai dengan Maduners yang sukakan sejarah. Memang bunyi agak klise tapi memang fakta tahu!

 

Melaka ambil masa 2 jam jerr daripada Kuala Lumpur dan yang Madu sentiasa bangga adalah Melaka penuh dengan sejarah sehingga disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terbaiklah!

 

Melaka terkenal dengan bandar bersejarah, bayangkan Maduners bercuti di Melaka dan menginap di hotel bertemakan ala-ala zaman Victoria gitu, memang kena rasa sekali seumur hiduplah senang cerita.

#3 Sabah

mount-kinabalu

Dah terlalu lama tak tengok gunung-ganang dan alam semulajadi yang cantik, sebab itu kena bercuti ke Sabah.

 

Selain daripada keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini juga ada pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan Maduners dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

 

Dapat hirup udara segar di Sabah memang lain daripada lain.

#2 Kelantan

Maduners sekeluarga yang ingin dapat merasa suasana kehidupan masyarakat kampung yang agak simple dan suasana yang menyenangkan memang wajib bercuti ke Kelantan!

 

Negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang famous dengan keindahan panorama suasana kampung campur sedikit bandar.

Floating Market Kelantan

Sumber Gambar: Rileklah.com

Tips untuk Maduners yang rindu dengan pasar terapung di Thailand, tak perlu nak pergi jauh-jauh sebab Kelantan pun ada pasar terapung yang dipanggil Pasar Terapung Pulau Suri.

 

Lagi satu! Maduners yang suka shopping kena pergi ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang sebab pelbagai barangan dijual pada harga yang murah.

 

Nok tunggu gapo lagi, marih kito pakat-pakat gi bercuti di Kelantan!

#1 Pulau Pinang

georgetown penang streetfood

Sumber Gambar: Penang.ws

Maduners yang berkurung terlalu lama dalam rumah mesti dah mula rindu dengan street foods kan? Kalau cakap street food dan street vibe, mesti terus teringat Pulau Pinang!

 

Alahai, Madu pun rindu teruk dengan vibe Pulau Pinang yang memang chill dan rilek gitu. Bersiar-siar di Georgetown sambil cari street foods terbaik di Penang. Wuhuuuu!

 

Apa tunggu lagi, Maduners dah boleh mula buat itinerari yang terbaik untuk diri dan ahli keluarga Maduners!

Post a Comment