Pink Sanggup Bayar Denda Pasukan Norway Kerana Enggan Pakai Seluar Bikini – Manis Madu
Pink Sanggup Bayar Denda Pasukan Norway Kerana Enggan Pakai Seluar Bikini

Pink Sanggup Bayar Denda Pasukan Norway Kerana Enggan Pakai Seluar Bikini

Selebriti terkenal Amerika Syarikat (AS), Pink bersedia membayarkan denda dikenakan ke atas pasukan bola baling pantai wanita Norway yang enggan memakai seluar bikini ketika kejohanan Euro 2021, lapor CBS News.

Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) mengarahkan pasukan itu membayar denda 1,500 euro (RM7, 400) selepas mereka memakai seluar pendek berbanding pakaian renang ketika tewas pada perlawanan penentuan pingat gangsa ketika bertemu Sepanyol di Varna dekat Bulgaria.

 

Pink, pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali menerusi Twitter miliknya berkata, dia sanggup membayar denda itu bagi memberi dorongan kepada pemain supaya terus memakai seluar pendek.

“Saya sangat berbangga dengan pasukan bola baling pantai wanita Norway kerana melakukan protes terhadap peraturan mengenai pakaian mereka.

 

“Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) perlu didenda kerana mengamalkan seksisme. Terbaik pasukan Norway. Saya sangat gembira untuk membayar denda yang dikenakan kepada anda,” katanya.

 

Melalui hantaran di laman Instagram, pasukan bola baling pantai Norway berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong mereka.

Pegawai sukan Norway sudah meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap peraturan berkenaan.

 

“Sudah tahun 2021, sepatutnya tidak timbul isu seperti ini,” kata Presiden Persekutuan Bola Tampar Norway, Eirik Sordahl.

Post a Comment