Pipi dan Muka Berseri Dengan Pembayang Pipi
Loader

Pipi dan Muka Berseri Dengan Pembayang Pipi

Salah satu produk mekap yang sangat terkenal dan selalu menjadi pilihan setiap wanita adalah pembayang pipi. Selain membantu untuk memberikan wajah yang kelihatan fresh, ia juga dapat membantu untuk menambah dimensi pada muka anda.

Sumber Gambar: Shutterstock | Cosmopolitan

 

Tetapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana menggunakan pembayang pipi dan cara yang betul untuk menggunakan pembayang pipi pada muka anda.

 

Mari ikuti apakah fungsi pembayang pipi dan apakah yang anda boleh lakukan dengan pembayang pipi :-

1. Menambah dan memberi dimensi

 

Pembayang pipi digunakan untuk menambah dan memberi dimensi untuk pipi anda, tetapi cara mengaplikasikan pembayang pipi adalah berbeza mengikut bentuk muka anda. Ikuti carta dibawah untuk pemahaman yang lebih terperinci.

Sumber Gambar: Hips.hearstapps

2. Cari warna yang sesuai

 

Carilah warna yang sesuai dengan warna kulit muka anda ataupun tema mekap yang anda lakukan pada masa itu. Contohnya jika kulit muka anda berwarna sedikit pucat gunalah warna merah muda ataupun sedikit warna peach.

3. Pembayang pipi yang mempunyai shimmer

 

Jangan gunakan pembayang pipi yang mempunyai shimmer jika kulit muka anda tidak begitu smooth atau rata. Ini kerana produk yang mempunyai shimmer boleh membuatkan parut atau celah muka anda lebih ketara.

 

4. Kegunaan tambahan pembayang pipi

 

Gunakan pembayang pipi bukan setakat di pipi sahaja. Tahukah anda bahawa pembayang pipi juga boleh digunakan untuk pembayang mata, bibir dan juga contour? Yer, betul tu. Gunalah pembanyang pipi untuk kegunaan yang lain di muka anda juga.

 

5. Cara buat pembayang pipi tahan lebih lama

 

Gunakan primer atau prep muka anda dengan sebaik yang mungkin untuk membuatkan pembayang pipi anda akan tahan lebih lama.

 

6. Pilih pembayang pipi yang sesuai

 

Guna pembayang pipi yang mempunyai formula yang bersesuaian dengan kulit dan juga look yang anda cuba kecapi. Contohnya pembayang pipi powder sesuai untuk orang yang mempunyai pori yang besar dan jenis krim pulak sesuai untuk mendapatkan hasil yang dewy dan mempunyai tahap ketahanan yang agak lama.

Jadi bagaimana dengan anda? Pembayang pipi apakah kegemaran anda?

Post a Comment