Masa Untuk Ke Dapur & Cuba 4 Resepi Mudah Ini – Manis Madu
Masa Untuk Ke Dapur & Cuba 4 Resepi Mudah Ini

Masa Untuk Ke Dapur & Cuba 4 Resepi Mudah Ini

Jangan risau, Maduners jangan terlalu stress dan relax sebab hari ini Madu nak kongsi 4 resepi mudah dan sedap yang korang boleh cuba time bosan nanti! Terus ke dapur!

1. Ais Krim Goreng

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HantooMakan (@hantoomakan) on

Untuk resepi Ais Krim Goreng ini korang hanya perlu sediakan DUA bahan sahaja. Yesssss dua! Sikit kan? Bagi Madu, ais krim goreng ini akan jadi favourite anak-anak untuk makan petang!

 

Bahan-bahan :

  • Aiskrim (tak kisah perisa apa pun, ikut kegemaran masing-masing)
  • Roti Gardenia

 

Cara memasak :

  • Ambil sekeping roti dan letakkan ais krim secukupnya di bahagian tengah.
  • Gunakan sekeping roti yang lain untuk menutup bahagian ais krim tadi seperti sandwich.
  • Kemudian tekapkan roti dengan menggunakan cawan atau cookie cutter. Pastikan tiada lubang atau ais krim yang mengalir keluar dari roti tadi.
  • Bekukan roti ais krim selama 1 jam, tapi lagi lama lagi bagus.
  • Goreng roti ais krim di minyak yang panas sehingga warnanya bertukar perang. Jangan goreng terlalu lama takut nanti hangus pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by etta ~ewan~sara~ammar~adeeb (@ettatatitu) on

Cuba korang bayangkan makan ais krim goreng yang dihidangkan dengan teh o panas, plus makan pulak time musim hujan ini….Fuhhhh memang sedap lah!

2. Roti Goreng Cream Cheese

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Roti Goreng Cream Cheese ini lebih kurang macam ais krim goreng juga…cuma apa yang membezakan dua resepi ini ialah inti dalam roti tersebut. Kalau tadi kita letak ais krim tapi kali ini kita tukar kan dengan cream cheese dan jem strawberi.

 

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Jem strawberi
  • Cream cheese

 

Cara memasak:

  • Potong kerak roti dan lenyekkan dengan menggunakan roller atau cawan yang panjang.
  • Letakkan jem strawberi dan cream cheese di bahagian tengah roti secukupnya. Jangan letak terlalu banyak tau, takut terkeluar pula intinya.
  • Kemudian letakkan sekeping roti lain yang telah dilenyek dan tutup bahagian cream cheese dan jem tadi.
  • Gunakan garfu untuk tekap dan kemaskan bahagian tepi roti.
  • Goreng roti tersebut di dalam minyak yang panas sehingga keperangan. Sedia dinikmati!

 

Tips tambahan untuk Maduners: bagi memastikan roti tak terbukak semasa proses goreng, ‘gam’kan bahagian tepi roti dengan menggunakan sedikit air atau kuning telur.

3. Baked Tomatoes

Sumber Gambar: www.jocooks.com

Tengok gambar macam mewah sajakan? Tapi sebenarnya buah tomato saje! Ini merupakan antara resepi kegemaran Madu sebab ianya memang sedap, mudah dan bahannya majoriti memang ada di rumah.

 

Untuk Baked Tomato ini, semua rasa ada; masam, manis, manis, berlemak…umphhh confirm korang suka lah!

 

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato
  • Lada hitam
  • Garam
  • Minyak zaitun atau minyak masak
  • Cheese (bergantung kepada individu)

 

Cara memasak:

  • Potong buah tomato ke beberapa bahagian.
  • Letakkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak di atas buah tomato yang telah dipotong.
  • Tambahkan lada hitam, garam dan cheese secukupnya.
  • Bakar di oven pada suhu 180°C selama 5 hingga ke 10 minit.

 

Voila! Mudah jerr kan? Tomato bakar ini boleh di makan bersama roti kosong. Tapi bagi Madu, korang boleh makan begitu sahaja, ewahhh, macam iklan televisyen pula atau kalau nak lebih extra cicahkan dengan sos cili untuk tambah kepedasan.

4. Roti Bakar Pisang Ala Domino’s Banana Kaya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Shaiful (@n_ilyana_s) on

Sekali pandang macam kek pisang yang viral itu kan? Tapi sebenarnya ini ialah roti bakar pisang. Rasa dia pula lebih kurang Domino’s Banana Kaya, cuma cara untuk sediakan roti ini adalah lebih simple.

 

Maduners yang pernah cuba Domino punya roti Banana Kaya mesti tahu memang yummmmy sangat resepi ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ~ JANA, 36 🇲🇾~ (@jana_kitchen_) on

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti
  • 1 biji telur
  • Pisang
  • Gula/Kaya
  • Marjerin Planta/ Butter

 

Cara memasak:

  • Sapukan marjerin planta atau butter di kedua-dua belah permukaan roti.
  • Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati, kemudian sapukan telur tadi di bahagian atas roti sahaja.
  • Letakkan pisang yang telah dihiris dan susun seperti dalam gambar atas.
  • Sapukan telur sedikit lagi di atas pisang dan roti.
  • Taburkan gula/kaya. Korang boleh letak apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing.
  • Bakar roti pada suhu 175°C selama 20 minit dan siap!

Selamat mencuba & stay safe Maduners!

Post a Comment