Popcorn! Popcorn! Popcorn! Perasakan Popcorn Korang Dengan Perisa Yang Dekat Di Hati Rakyat Malaysia Ini! – Manis Madu
Popcorn! Popcorn! Popcorn! Perasakan Popcorn Korang Dengan Perisa Yang Dekat Di Hati Rakyat Malaysia Ini!

Popcorn! Popcorn! Popcorn! Perasakan Popcorn Korang Dengan Perisa Yang Dekat Di Hati Rakyat Malaysia Ini!

Popcorn atau bertih jagung adalah kudapan yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika menonton filem. Baru ada ‘vibes’ menonton di pawagam!

 

Hari ini Madu akan kongsikan beberapa perisa popcorn yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Maduners pun boleh cuba perisakan popcorn korang dengan perisa-perisa yang Madu senaraikan di bawah ini ya!

1. Karamel

robert-anasch-JZfPQTc7ais-unsplash (1)

Sebut sahaja popcorn, perisa yang tak akan lari pastilah karamel! Rasa manis-manis pahit, berlemak, ditambah dengan kerangupan popcorn…memang layan. Nak lagi best, kalau popcorn sejenis yang ‘fully-coated’. Nikmatnya lain macam!

 

Perisa karamel antara perisa yang kini digilai ramai terutamanya yang pergi menonton wayang, perisa ini kini bersaing rapat dengan perisa karamel masin yang juga kini meningkat naik dan disukai orang ramai!

2. Sweet corn

christopher-laberinto-3oKOWA0dqCk-unsplash (1)

Perisa klasik ini memang takkan dilupakan! Walaupun sekarang dah wujud pelbagai perisa lain di pasaran, masih ada permintaan yang tinggi buat peminat rasa klasik.

 

Rasa sweet corn ini rasa manisnya tak terlalu kuat seperti perisa karamel dan sesuai untuk mereka yang masih mengira jumlah kalori dalam pengambilan makanan harian anda!

3. Coklat

sigmund-4ewSZirtA7U-unsplash (1)

Salutan coklat pada popcorn pun menjadi juga. Perisa coklat dengan rakyat Malaysia memang sebati! Maduners boleh buat perisa coklat ini menggunakan Milo, Nutella, cairkan coklat bar jenama kesukaan atau korang boleh buat sendiri menggunakan serbuk koko.

Jarang nampak popcorn perisa ini tapi memang wajib cuba untuk chocolate lover sebab rasa nikmat coklat yang menyaluti popcorn ini pasti buat korang cair dan tak akan cari popcorn perisa lain dah! #chocolateloverr!

4. Karamel Masin

Kalau ada karamel, pasti ada karamel masin – salted caramel nya. Gitcheww! Perisa karamel masin ini menjadi kegilaan kebanyakan rakyat Malaysia akhir-akhir ini. Kalau boleh, semua benda nak buat perisa ini.

Tengok Gordon Ramsay buat popcorn perisa salted caramel terus kecur air liur tengok. Mesti cuba sebab langkah untuk buat popcorn perisa ini pun tak susah, ikut jerr abang Gordon kita!

 

Jarang gabungan perisa salted caramel ini tak menjadi! Perasakan popcorn dengan perisa salted caramel ini untuk hari yang lebih indah! Thibahhh!

5. Sour Cream & Onion

edgar-soto-brXWdf2HuOA-unsplash (1)

Selalu nampak ramai yang makan kerepek atau chip yang berperisa sour cream & onion. Kali ini Maduners kena cuba persia ini pada popcorn!

 

Buat Maduners yang tak minat sangat manis-manis, korang boleh cuba perisa sour cream & onion. Rasa dia tidak terlalu masam, just nice orang kata. Kemudian akan rasa pula sensasi savoury dari rasa bawang. Perghhh, sedap tak terkata!

6. Hot & Spicy

Perisa ini pula sesuai untuk Maduners yang suka pedas. Terpulang kepada kreativiti korang untuk cipta perisa pedas itu. Boleh jadi korang gunakan sos gochujang yang terkenal dari Korea, serbuk paprika dan lain-lain perasa pedas yang bersesuaian dengan citarasa korang.

Ataupun Maduners boleh perisakan popcorn yang biasa baru siap keluar dari microwave dengan serbuk cili atau paprika untuk rasa pedas yang lebih menyengat, pastikan sedia air di sebelah meja waktu makan popcorn persia hot & spicy ini sebab takut pedas sangat!

 

Antara semua perisa-perisa di atas, yang mana satu kesukaan Maduners?

Post a Comment