Prank Tak Nampak Anak, Rupanya Ramai Ibu-Ibu Menyakat Anak Begini! – Manis Madu
Prank Tak Nampak Anak, Rupanya Ramai Ibu-Ibu Menyakat Anak Begini!

Prank Tak Nampak Anak, Rupanya Ramai Ibu-Ibu Menyakat Anak Begini!

Baru-baru ini satu hantaran di laman TikTok menarik perhatian warganet memaparkan gelagat seorang ibu yang mengusik anaknya hingga menangis.

 

Video berdurasi 52 saat itu memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan sedang bersembunyi daripada ibunya. Namun, ibu kanak-kanak itu sengaja mengusik dengan berpura-pura tidak nampak kelibat kanak-kanak berkenaan.

“Dia selalu suruh mama cari dia. Malam ni mama buat-buat tak nampak dia,” ujarnya.

 

Kanak-kanak itu pada awalnya dilihat masih ceria dan bersungguh-sungguh meyakinkan ibunya bahawa dia berada di dalam bilik berkenaan tetapi tidak diendahkan si ibu.

 

“Mula-mula dia okay lagi gelak-gelak. Dia start dengar mama kata dia kena ambik dengan Jounya, dia mula cuak,” cerita ibunya.

 

Selepas beberapa kali percubaan meyakinkan ibunya tidak berjaya, kanak-kanak itu menangis ketakutan dan turut daripada katil untuk mendapatkan ibunya.

 

Di ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan pernah melakukan perkara yang sama terhadap anak atau anak buah mereka.

 

“Selalu usik anak macam ni, dia datang cium kita buat tak tau. Last-last dia jolok hidung, terus nampak,” 

 

“Saya pun suka buat macam ni. Itulah, suka sakat mama…ni mama pulak kenakan awak,”

 

Alahai, rupanya ramai ya ibu-ibu pernah menyakat anak macam ini!

Post a Comment