‘Private Part’ Gatal-Gatal Lepas Bercukur, Tip Paling Penting Bila Bercukur! – Manis Madu
‘Private Part’ Gatal-Gatal Lepas Bercukur, Tip Paling Penting Bila Bercukur!

‘Private Part’ Gatal-Gatal Lepas Bercukur, Tip Paling Penting Bila Bercukur!

Pernah tak terjadi kalau Maduners shave di tempat private part, esoknya akan mula rasa gatal-gatal? 

 

Kadang-kadang sampai tergaru-garu! Sebenarnya perkara itu normal jerr berlaku tapi mestilah ada cara-cara untuk atasi masalah ini. Jom Anis share!

1. Exfoliate

poko-skincare-WhDIsecnFbw-unsplash (1)

Tip yang pertama, Maduners kena rajin-rajinkan diri exfoliate di kawasan tersebut! Exfoliate ini apa? Bahasa mudahnya, sental lapisan kulit mati atau bersihkan kulit dengan mendalam.

 

Tujuannya adalah untuk buang segala kekotoran dan kulit mati untuk kurangkan risiko dapat infection selepas bercukur yang mana akan menyebabkan kegatalan yang luar biasa. 

 

Maduners boleh cari produk exfoliant di drug store atau mana-mana platform online.

2. Pelincir (Lubricant)

deon-black-uuA9sKk2f5c-unsplash (1)

Tip yang kedua pula, gunakan lubricant! Haa sudah, lubricant ini apa pula? Lubricant ini adalah cecair yang boleh melembapkan serta membuatkan sesuatu permukaan itu licin.

 

Tujuan penggunaan lubricant ini adalah supaya proses nak mencukur tidak tersekat-sekat hingga menyebabkan luka.

 

Maduners boleh juga gunakan shaving cream atau conditioner rambut tapi pastikan produk-produk itu tiada kandungan fragrance!

3. Jangan Pakai Seluar Dalam Yang Ketat

hidefumi-ohmichi-tbKpfNvpq4Y-unsplash (1)

Sebenarnya memang tak berapa elok pakai seluar dalam yang ketat tetapi lebih tak disarankan bila lepas shave! 

 

Ini adalah disebabkan pemakaian seluar dalam yang ketat boleh memerangkap peluh dan bakteria maka boleh menyebabkan berlakunya jerawat. 

 

Selain itu, pemakaian seluar dalam yang ketat boleh juga meningkatkan geseran pada kulit yang akhirnya membuatkan tempat itu makin gatal!

4. Cukur Dengan Betul

helen-barth-i2WExMB2kII-unsplash (1)

Tip yang keempat ini adalah yang paling penting! Maduners perlu gunakan teknik cukuran yang betul. Haa, berapa ramai yang tak tahu tentang ini?

 

Korang kena cukur ikut arah bulu! Kebiasaannya mencukur lawan arah bulu itu yang akan menyebabkan berlaku iritasi pada kulit, kegatalan, kulit kering, ingrown hair (rambut tumbuh ke dalam) dan lain-lain.

 

Maduner yang selalu hadapi masalah kegatalan selepas bercukur, boleh try tips yang Anis kongsikan ini. Semoga bermanfaat!

 

Sumber: TikTok

Post a Comment