Produk Kebersihan Feminin Selalu Dikatakan Penting Untuk Wanita, Namun Adakah Ia Sesuatu Keperluan?
Sejauh manakah keberkesanan produk kebersihan feminin terhadap kemaluan wanita?
Masuk sahaja farmasi, mesti kita akan nampak banyak produk-produk yang belum dicuba. Ini termasuklah produk kebersihan feminin, yang juga dikenali sebagai feminine hygiene products.
Dalam hati, teringin juga nak cuba. Akan tetapi, adakah ia satu keperluan?
Sumber Gambar: www.india.com
Menurut Healthline, kemaluan wanita tidak memerlukan produk khas untuk dibersihkan, tetapi vulva mungkin dapat memperoleh kebaikan apabila produk tersebut digunakan.
Pengasas NeuEve, Dr. Renjie Chang yang merupakan pakar OB-GYN (obstetrik-sakit puan) menyatakan bahawa kemaluan wanita mampu untuk membersihkan dirinya sendiri.
Ini bermaksud, kemaluan yang sihat mempunyai level pH yang tepat iaitu 3.5 hingga 4.5, tanpa menggunakan apa-apa produk tambahan.
Dengan mudahnya, selagi kemaluan Maduners dalam keadaan yang sihat, korang tak perlu untuk menggunakan produk baru untuk membersihkannya. Ingat ya, tak perlu menggunakan produk tambahan, TAPI still kena basuh menggunakan air!
Healthline turut menegaskan bahawa korang hanya perlukan air yang suam untuk bersihkan kemaluan.
Jadi, apakah yang patut dilakukan jika dah pakai produk kebersihan feminin sebelum ini?
- Pastikan sama ada produk yang digunakan mengandungi bahan yang mampu mengakibatkan iritasi kulit atau pun tidak.
- Maduners juga perlu pastikan bahawa produk tersebut telah diuji oleh pakar dermatologi dan juga pakar sakit puan.
Jangan meneruskan penggunaan produk jika ia mampu mendatangkan kerosakan kepada kemaluan Maduners tau!
Apakah bahan dalam produk kebersihan feminin yang perlu dielakkan?
Wangian! Kenapa? Wangian dikenali sebagai satu bahan yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit, yang sebenarnya mampu mengakibatkan kemerahan, kegatalan dan kekeringan kulit. Lebih-lebih lagi kepada Maduners yang mempunyai kulit yang sensitif. Hati-hati ya!
Seeloknya, Maduners rujuklah doktor pakar atau pun ahli farmasi sebelum mencuba produk yang baru untuk kulit. Selain itu, korang boleh juga melakukan patch test pada lengan untuk memastikan tiada reaksi alergi terhadap produk tersebut.
Kesimpulannya, ini bukan bermaksud yang semua produk di pasaran tidak bagus, ada juga produk yang boleh membawa manfaat kepada kemaluan dan vulva anda. Jadilah pengguna yang bijak!
Sumber Featured Image: insider.com