Profesor Jepun Hasilkan Prototaip Skrin Televisyen Boleh Rasa Makanan Melalui Skrin! – Manis Madu
Profesor Jepun Hasilkan Prototaip Skrin Televisyen Boleh Rasa Makanan Melalui Skrin!

Profesor Jepun Hasilkan Prototaip Skrin Televisyen Boleh Rasa Makanan Melalui Skrin!

Seorang profesor di Jepun membangunkan prototaip skrin televisyen yang boleh mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.

 

Menurut Utusan, skrin yang dinamakan Taste the TV itu dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih.

 

Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin televisyen yang rata untuk dirasai oleh pengguna.

 

Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, teknologi itu boleh menggalakkan orang ramai berhubung dengan dunia luar, terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.

 

“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.

 

Projek itu dilakukan oleh Miyashita dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu, termasuk garfu.

 

Miyashita memberitahu, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3, 675) untuk dikomersialkan.

Post a Comment