PTPTN Boleh Dibayar Melalui Shopee, Siap Dapat Cashback? – Manis Madu
PTPTN Boleh Dibayar Melalui Shopee, Siap Dapat Cashback

PTPTN Boleh Dibayar Melalui Shopee, Siap Dapat Cashback?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan saluran baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara dalam talian. Empat saluran tersebut ialah Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY hasil kerjasama strategik PTPTN dengan penyedia saluran terlibat.

 

Menerusi kolaborasi ini, kemudahan saluran bayaran online ini dilihat lebih bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari dalam usaha mengurangkan rantaian Covid-19. Pelancaran saluran ini telah disempurnakan oleh Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Facebook PTPTNOfficial.

 

Sempena pelancaran saluran bayaran ini, PTPTN dengan kerjasama Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY turut menganjurkan Kempen ‘Click, Pay & Earn’ istimewa kepada semua pelanggan PTPTN. Dengan konsep “siapa cepat dia dapat”, pengguna terawal yang menggunakan saluran ini berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan. Tempoh kempen ini bermula hari ini 25 Mei 2021 hingga 24 Jun 2021.

Jumlah Pemberian-Kempen Click, Pay & Earn

Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh promosi akan berpeluang menerima pemberian coins/cashback dan tunai.

 

Harapnya dengan ada penambahan saluran bayaran secara online ini boleh memudahkan urusan para peminjam. Jangan lupa rebut peluang untuk sertai Kempen ‘Click, Pay & Earn’!

 

Untuk maklumat lanjut Maduners boleh klik di sini.

 

SumberFeatured Image: PTPTN

Post a Comment