Pulau Babi Besar ialah ‘Maldives’ Malaysia? Agaknya Ada Khinzir Ke?
Korang tahu tak terdapat hidden gem di Mersing, Johor? Ramai sebenarnya tidak tahu akan kewujudan pulau ini.
Madu boleh katakan suasana dan pemandangannya ala-ala pulau Maldives gituu! Nama pulau ini adalah Pulau Babi Besar. Pelik betul nama tapi percayalah bahawa pulau ini sangat cantik.
Nanti kalau kes Covid dah surut bolehlah plan ke sini. Mari tengok macam mana nak pergi dan aktiviti apa yang korang boleh buat di sana!
View this post on Instagram
Macam Mana Nak Pergi?
View this post on Instagram
Senang jerr nak pergi ke pulau ini sebenarnya. Sama seperti pulau-pulau yang lain korang harus menaiki feri, di jeti Mersing. Harga tiket feri adalah RM 50 (satu hala) dan hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Waktu Sesuai Nak Pergi?
View this post on Instagram
Jadi waktu bila pula yang sesuai untuk pergi ke sana? Memandangkan Pulau ini terletak di sebelah selatan Malaysia, Maduners haruslah merancang masa perjalanan dengan baik bagi mengelakkan bercuti semasa musim hujan. Elakkan pergi semasa bulan November hingga Februari. Nanti kecewa pula…datang dari jauh tapi asyik hujan ajerr!
Nak Tinggal Di Mana?
View this post on Instagram
Memandangkan pulau ni sangat kecil, jadi pilihan resort di sana sangat terhad. Tapi tak bermana resort-resort kat situ tak best! Janji kena pandai cari dan buat reseacrh awal-awal.
Ada top 3 pilihan resort yang blogger Stephmylifetravel sarankan iaitu Mirage Resort, Aseania Beach Resort dan D’Coconut Island.
Aktiviti Menarik Di Pulau?
Inilah dia soalan-soalan yang Maduners tunggukan. Kalau pergi sana boleh buat apa jerr? Haaa…banyak sangat sampai Madu tak boleh list~kan semua.
1. Snorkelling
View this post on Instagram
Ini adalah antara aktiviti popular di Pulau Babi Besar yang Maduners boleh buat iaitu snorkelling. Plus, air dia jernih sangat sampai Maduners boleh tengok apa yang ada kat dasar laut. Bolehlah Maduners tengok ikan-ikan yang cantik di situ. Best kan?
2. Kayaking
View this post on Instagram
Wah… cuba bayangkan korang kayak di tengah-tengah laut yang bersih? Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ala-ala Maldives sangat!
3. Hiking
View this post on Instagram
Yes, tak sangka kat pulau kecil ini pun ada aktivi hiking. Untuk pengetahuan korang, checkpoint popular pagi mendapatkan pemandangan yang ‘wow’ adalah di Pulau Sibu Kukus. Untuk ber-hiking di sini minimum harus ada 4 orang dan Madu tak sarankan Maduners pergi seorang diri! Sesat nanti!
4. Island Hopping
View this post on Instagram
Korang juga boleh menikmati pemandangan dan suasana pulau-pulau yang berdekatan dengan membuat aktiviti Island Hopping. Banyak sangat tempat Instagrammable dekat situ!
Tips Extra Untuk Maduners!
View this post on Instagram
Madu yakin masih ramai lagi yan tak pernah sampai ke sini. Jadi Madu nak kongsikan tips-tips daripada traveller yang mungkin berguna untuk korang nanti.
View this post on Instagram
1. Tiada ATM
Di pulau tersebut tiada ATM untuk keluarkan duit. Jadi pastikan korang bawa duit lebih untuk langkah berjaga-jaga.
2. Bawa Sunscreen
Jangan lupa bawa Sunscreen ok! Untuk elakkan sunburn dan lindungi kulit daripada UV Rays.
View this post on Instagram
3. Tiada Nightlife
View this post on Instagram
Berbeza sedikit daripada pulau-pulau popular seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian, pulau ini tiada nightlife. Majoriti kedai-kedai di situ beroperasi sehingga 9 malam sahaja. Jadi pastikan Maduners beli makanan sebelum waktu itu untuk elakkan kelaparan.
View this post on Instagram
Pulau ini sesuai untuk Maduners yang mahukan relaxing getaway. Jadi kalau nak chill-chill sambil menikmati pantai yang best sesuai sangat pergi ke sini.
~Stay Safe Maduners!~