“Punca Selangor Selalu Takdak Air..”- Netizen Terhibur Tengok Kucing Berendam Dalam Longkang! – Manis Madu
Kucing Berendam Dalam Longkang

“Punca Selangor Selalu Takdak Air..”- Netizen Terhibur Tengok Kucing Berendam Dalam Longkang!

Tergelak Madu bila baca tweet daripada Hitam | Kucing (@twt_kucingmanja) yang mengatakan “punca Selangor selalu takdak air”!

Pelik betul kucing ini…selalunya kucing takut dengan air. Buka air jerrr terus lari macam nampak hantu. Tapi lain pula dengan kucing yang bernama Kitty ini, boleh berendam satu badan dalam air longkang di rumah tuannya. Berani betul!

Terhibur netizen yang melihat video viral yang telah mendapat 1.3 juta viewers di TikTok dan 12K retweet di Twitter. Sampai ada yang sempat membuat meme pula tu!

 

Sesi berendam bukan setakat ini sahaja je, ada juga video-video lain yang dimuat naik oleh tuannya, syuhadaryzal98 menerusi TikTok. Jom kita tengok!

@syuhadaryzal98kita lah itty yg suka rendam dlam air tuh🤣❤️❤️ emoji skit

♬ original sound – Syuhadaryzal

Aiyooo! Tak cukup dengan longkang, boleh pula si Kitty ni merendamkan kakinya di dalam bekas minumannya. Madu rasa dia teringin nak buat manicure tu.

@syuhadaryzal98gudnite smua dari Kitty 🥰 tq share dn like video kitty❤️

♬ bunyi asal – Syuhadaryzal

Ada lagi rupanya video Kitty relax dalam air longkang! Sampai nak banjir pun ada jugak Madu lihat. Comel jerrr kucing ini, boleh siap ‘meow’ bila tuannya memanggil. Kawan dia pula selamba minum air kat sebelah tu!

@syuhadaryzal98mana ckp ity sakit tuh korng jgn risau ni dh mmng tabiat dia dri dlu smpai ke besor skang kdang musim hujan panas pn dia akn ad hri nk redam juga❤️♬ bunyi asal – Syuhadaryzal

Oh rupanya Kitty ni memang suka main dengan air rupanya…terutama sekali bila musim panas macam ini! Ada netizen yang risau mungkin kucing ini sakit sebab memang pelik betul bila asyik berendam dalam air 24 jam.

 

Tapi jelas tuannya, ianya merupakan tabiat biasa yang dilakukan oleh kucingnya sejak dari kecil lagi. Kalau korang tengok video TikTok ni, Kitty siap minta untuk kuatkan lagi air sebab nak berendam dalam air sejuk. Amboi demand betul! Nasib baik comel.

 

Madu nak sharekan sikit kompilasi reaksi para netizen yang terhibur apabila melihat gelagat si Kitty ini di TikTok:

Inilah dia “empangan paling comel” yang pernah Madu nampak dalam seumur hidup! Kucing korang macam mana pula? Ada ke yang suka air macam Kitty?

Post a Comment