Pusat Jagaan Kanak-Kanak Diserang, 5 Maut Termasuk Guru Wanita – Manis Madu
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Diserang, 5 Maut Termasuk Guru

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Diserang, 5 Maut Termasuk Guru Wanita

Menurut Astro Awani, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang remaja berusia 14 tahun dengan tiba-tiba telah menyerbu masuk pusat jagaan kanak-kanak terbabit lalu menikam kanak-kanak dan orang dewasa di situ.

 

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan seorang remaja berusia 14 tahun tersebut ketika dalam cubaan mencederakan diri sendiri.

 

Kanak-kanak lain yang trauma dengan kejadian tersebut telah dimasukkan ke hospital, kata Setiausaha Pendidikan Perbandaran Gisela Hermann.

 

Selepas kejadian, dilihat ibu bapa kanak-kanak pusat jagaan tersebut berkumpul di perkarangan sekolah dengan perasaan sedih dan juga marah dengan tindakan penyerang.

 

Polis di sana juga menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat punca serangan tersebut.

Post a Comment