Racun TikTok Kembali! Ini Dia Senarai Racun TikTok 2021! – Manis Madu
racun tiktok

Racun TikTok Kembali! Ini Dia Senarai Racun TikTok 2021!

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mesti Maduners banyak habiskan masa dengan scroll media sosial kan?

 

Kalau tengok TikTok sahaja pun macam-macam racun TikTok korang akan jumpa.

 

Banyak juga manfaat TikTok ini kepada pengguna. Apa kata hari ini kita buat check-list racun TikTok yang viral tahun 2021!

#Minuman Chlorophyll

Korang mesti pernah dengar minuman hijau ini dan mungkin juga ada yang dah pernah cuba sebelum ini. 

 

Minuman ini pernah viral dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pengguna TikTok. Sampai satu tahap stock di kedai-kedai pun sold out uolls. Fuhh! Memang dahsyatlah penangan racun TikTok.

 

Air hijau seakan lumut ini dikatakan kaya dengan vitamin dan antioksidan. 

 

Air Chlorophyll ini dikatakan bagus untuk sistem penghadaman, kembung perut dan ada yang kata boleh buat kulit muka jadi flawless! 

 

Kalau korang amalkan air ini ia dapat membuatkan kulit menjadi cantik, bersih, serta sihat secara luaran dan dalaman.

#Slime Chewy Scrub

@nfthlmSlime trick gone wrong 😂 anyway, thank you @twemsbeauty for creating this slime scrub! Can’t wait to see the result ❤️ #fyp #bodyscrubreview♬ double take – dhruv

Racun TikTok yang kedua ini pula didatangkan dengan perisa iaitu Peachserta bentuknya yang bulat seperti gula-gula.

 

Tapi korang jangan tersalah anggap pula, ini bukan makanan! Ini adalah scrub badan.

 

Memang kalau Maduners tengok pun rasa macam nak makan jer!

 

Apa yang lagi menarik tentang scrub ini adalah teksturnya yang seakan slime dan bau dia pun boleh tahan wangi. 

 

Kalau korang beli mesti korang akan mandi lama. Mana taknya dah leka sangat main slime scrub dalam tandas. 

 

Scrub ini juga dikatakan mampu membuat kulit korang lebih halus dan gebu gitu. Boleh lah cuba beli nanti.

 

Tapi tolong jauhkan dari kanak-kanak sebab takut mereka jadikan pemanis mulut pula.

#Smart Sensor Dustbin

dustbin

Seiring dengan teknologi yang semakin maju hari ini, Maduners pastinya menginginkan sesuatu yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan.

 

Ini adalah tong sampah automatik dimana korang dah tak perlu lagi nak pijak atau angkat penutup tong untuk membuang sampah. 

 

Disebabkan ia adalah bersifat sensor, korang cuma perlu hayunkan tangan berdekatan tong sampah sahaja untuk membolehkan ia terbuka.

 

Kalau nak extreme sikit ketuk atau tendang secara perlahan tong sampah itu pun boleh.

#Lint Remover

lint-remover

Haa! Ini lagi satu barang baik dan pencinta kucing wajib dapatkan.

 

Selain dari sticky role, korang boleh juga guna lint remover ini untuk menyedut habuk atau bulu-bulu kucing yang melekat dekat baju, sofa dan segala macam tempat.

 

Alat ini sangat memudahkan dan berguna pada sesiapa yang tak tahan pada habuk atau bulu kucing. 

 

Bentuk yang direka juga ringan dan senang  untuk korang bawa kemana-mana.

#Plastic Glasses Straw

straw

Nampak menarik? Tapi Miera tak tahulah nak gelak ke nak menangis sebabnya Plastic Glassess Straw ini ramai dibeli oleh golongan dewasa.

 

Ini semua gara-gara racun TikTok.

 

Tapi kalau sekali tengok memang cute dan harganya pun murah sangat. Kalau yang ada anak kecil di rumah apa salahnya korang belikan untuk anak, mesti mereka seronok.

 

Duduk rumah bosan-bosan nanti boleh lah bancuh air dan minum dengan glasses straw ini. Silap hari bulan bapa budak pun join sekali.

Korang yang belum dapatkan list-list racun TikTok yang Miera kongsikan ini bolehlah dapatkannya segera. Semua barangan ini ada di jual di Shopee jer uolss!

 

Selamat shopping semua!

Post a Comment