Rahsia Raut Wajah Jelita Alia Bhatt! – Manis Madu

Rahsia Raut Wajah Jelita Alia Bhatt!

Sebut sahaja nama Alia Bhatt, siapa saja tak kenal? Aktres Bollywood ini bukan sahaja dikenali dengan bakat lakonan yang hebat, bahkan turut terkenal kerana memiliki raut wajah yang jelita.

 

Dedah pelakon berusia 29 tahun itu, untuk mendapatkan kulit yang sihat, dia mengamalkan meminum sehingga 12 gelas air kosong setiap hari.

 

“Setiap hari saya minum sebanyak 12 gelas air kosong supaya kulit saya sentiasa lembab dan tubuh terasa segar,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia Bhatt 🤍☀️ (@aliaabhatt)

Bukan itu sahaja, isteri kepada aktor Ranbir Kapoor itu juga turut mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil bijirin dan kekacang sebagai makanan ringan jika terasa lapar.

 

Bagaimanapun, Alia mengakui ada ketikanya dia akan ‘bercuti’ daripada mengambil makanan sihat. Sebaliknya dia akan makan makanan segera sepuas hatinya dalam masa sehari.

 

“Saya sebenarnya penggemar makanan segera terutama burger dan kentang goreng. Jadi sekali sekala saya makan sepuas hati,” katanya yang sedang sarat hamil.

Post a Comment