Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10, Putera William & Kate Middleton Kongsi Gambar Bahagia – Manis Madu
theroyalfamily

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10, Putera William & Kate Middleton Kongsi Gambar Bahagia

Pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 semalam.

 

Menurut Harper Bazaar, bersempena sambutan tersebut, Duke dan Duchess of Cambridge tampil berkongsi dua keping gambar mereka yang dirakam di Istana Kensington pada minggu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Royal Family (@theroyalfamily)

Gambar pasangan diraja itu diambil jurugambar terkemuka, Chris Floyd yang terkenal dengan potret Britpop tahun 1990-an.

 

Sekeping gambar memaparkan Willian dan Kate berdiri bersama di halaman kediaman rasmi di London manakala satu lagi menunjukkan mereka duduk di taman Istana Kensington.

 

Melalui gambar berkenaan, jelas menunjukkan bahawa pasangan itu saling menyayangi dan mempunyai keyakinan yang sama antara satu sama lain.

Kate, 39, dilihat memakai baju gaya bohemian yang bercorak biru jenama Ghost berharga 195 pound (RM1,117), manakala William, 38 pula mengenakan pakaian smart casual iaitu memakai jumper serta baju berwarna biru.

 

William dan Kate disatukan pada 29 April 2011 dalam satu majlis besar-besaran di Westminster Abbey, London.

 

Majlis perkahwinan itu dihadiri kira-kira 2,000 tetamu dan ditonton lebih 36.7 juta orang dari seluruh dunia menerusi televisyen.

Post a Comment