Rakyat China Tuduh Korea ‘Mencuri’, Park Shin Hye Jadi Sasaran Kecaman Kerana Pakai Hanbok – Manis Madu
Rakyat China Tuduh Korea ‘Mencuri’, Park Shin Hye Jadi Sasaran Kecaman Kerana Pakai Hanbok

Rakyat China Tuduh Korea ‘Mencuri’, Park Shin Hye Jadi Sasaran Kecaman Kerana Pakai Hanbok

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye, 31, tidak semena-mena menjadi bahan kecaman netizen China hanya kerana dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya memakai busana tradisi Korea, Hanbok.

 

Ledakan kemarahan dan kecaman tersebut digerakkan selepas Shin Hye juga menerusi gambar yang sama dilihat menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes atau bermaksud pakaian tradisional Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

Memetik laporan Utusan Malaysia, bagi netizen negara komunis tersebut, Hanbok adalah pakaian asal China dan Korea dikatakan telah ‘mencuri’ busana tradisi negara mereka.

 

Hal itu kemudiannya menempa perang antara warganet Korea dan China yang saling menegakkan pendapat dan mempertahankan busana dan budaya negara masing-masing di pelbagai platform media sosial.

 

Sementara itu, Shin Hye menerusi ruangan komen di Instagram sehingga ke hari ini masih dihujani dengan kata-kata kecaman daripada warganet China selain menerima ugutan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

“Saya tak mahu tengok drama awak dah. Awak tak layak dapat perhatian dari China,” antara yang ditulis oleh pengguna di ruangan komen Shin Hye.

 

Selain Shin Hye, sebelum ini, anggota kumpulan SNSD, Hyoyeon juga pernah menerima kecaman yang serupa selepas dia memuat naik gambar memakai Hanbok di media sosial.

 

Selain itu, selebriti lain yang turut dikecam dengan hal yang sama termasuk pelakon drama River Where The Moon Rises, Kim So Hyun dan kumpulan Mamamoo.

Post a Comment