Ramai Malu Sebab Ada Jerawat Belakang Badan? Punca Sebab Berpeluh Ke? – Manis Madu
Ramai Malu Sebab Ada Jerawat Belakang Badan

Ramai Malu Sebab Ada Jerawat Belakang Badan? Punca Sebab Berpeluh Ke?

Madu nak tanya, siapa di sini ada masalah jerawat belakang badan? Haaa, mesti ada kan! Pernah tak Maduners tertanya-tanya, kenapa ya, masalah ini berlaku?

jerawat belakang badan

Sumber gambar: phillyskinandlaser.com

Sebelum Madu kongsikan punca dan cara untuk merawat masalah ini, Madu nak kongsi dulu apa itu jerawat belakang badan.

 

Jerawat belakang badan atau nama samarannya iaitu bacne adalah satu masalah kulit. Bacne biasanya muncul di tempat-tempat tertentu kerana kawasan kulit tersebut mempunyai banyak kelenjar minyak (sebaceous glands).

 

Haa, kalau korang nak tahu, bukan setakat belakang badan jerr boleh tumbuh jerawat, tempat lain pun boleh. terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat asalkan tempat tersebut mempunyai folikel rambut seperti dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.

 

Antara punca berlaku masalah jerawat badan adalah:

  • Pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan
  • Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
  • Jangkitan bakteria
  • Aktiviti berlebihan oleh hormon androgen
  • Genetik
  • Berpeluh
  • Stres

 

Itu adalah sedikit sebanyak punca kenapa berlaku jerawat belakang badan. Sekarang, Madu akan kongsikan pula beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini.

#1 Mandi dua kali sehari dan selepas berpeluh

Mandi dua kali sehari dan selepas berpeluh

Pengeluaran peluh yang banyak oleh badan boleh mengakibatkan liang roma tersumbat dengan minyak yang berlebihan dan sel-sel kulit mati.

 

Selepas berpeluh, pastikan korang mandi ya! Kalau tak, itulah antara punca utama jerawat belakang badan boleh tumbuh dengan meriahnya.

#2 Pakai pakaian yang bersesuaian

Pakaian yang longgar dan mempunyai ruang pengudaraan yang baik adalah jenis pakaian yang sepatutnya digunakan dalam menjalani aktiviti seharian atau ketika bersenam.

 

Pemilihan pakaian yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan badan korang mendapat jerawat yang berpunca daripada geseran pada kulit.

#3 Gunakan scrub badan

Gunakan scrub penggelupas seperti asid salisilik untuk membuang lebihan kotoran pada kulit, minyak dan juga kulit mati. Ini dapat mengelakkan daripada liang roma korang tersumbat.

 

Rajin-rajin lah yerr scrub badan. Bukan muka jerr kena scrub!

#4 Elakkan rambut daripada terkena bahagian belakang badan

Elakkan rambut daripada terkena bahagian belakang badan

Bagi Maduners yang berambut panjang mengurai, elakkan rambut daripada mengenai bahagian belakang badan korang. Ini kerana ia akan menyebabkan lebih banyak kotoran yang akan membuatkan liang roma tersumbat!

 

Korang perlu ikat atau gunakan penyepit rambut supaya rambut tidak kena pada bahagian belakang badan.

#5 Rujuk pakar dermatologi

Rujuk pakar dermatologi

Ini kiranya last choice jika semua kaedah di atas korang dah cuba namun masalah jerawat belakang badan korang masih belum dapat diselesaikan.

 

Jika korang rasa jerawat di belakang badan korang makin teruk dan tidak nampak tanda-tanda dia akan membaik, silalah merujuk kepada pakar dermatologi untuk nasihat dan rawatan lain.

 

Madu harap info ini berguna untuk korang!

Post a Comment