Rancak Ikut Trend ‘Add Yours’ Di IG Story, Pakar IT Bagi Amaran! – Manis Madu
Rancak Ikut Trend ‘Add Yours’ Di IG Story, Pakar IT Bagi Amaran!

Rancak Ikut Trend ‘Add Yours’ Di IG Story, Pakar IT Bagi Amaran!

Sejak dua menjak ini kalau kita buka Instagram, ramai yang join trend ‘Add Yours’ di IG Story. Rancak masing-masing berkongsi maklumat seperti di minta!

 

Namun, di sebalik keseronokan mengikuti trend itu, siapa sangka sebenarnya boleh menjadi penyebab kebocoran maklumat peribadi dan berpotensi di hacked.

 

Baru-baru ini, di laman Twitter seorang pengguna @ditamoechtar telah berkongsi satu bebenang menceritakan rakannya telah ditipu melalui satu transaksi. 

 

Menurut Dita, rakannya itu tidak menyangka perkara itu akan berlaku kerana hanya kenalan rapat sahaja mengetahui dan memanggilnya dengan panggilan ‘Pim’. Bila diingat semula, Pim teringat dia pernah mendedahkan nama panggilannya itu di IG Story.

Trend ini juga mendapat perhatian pakar IT melalui satu page di Facebook bernama OMG Hackers yang turut mengecam tindakan netizen yang galak bermain trend tersebut tanpa sedar maklumat peribadi disebarkan sewenang-wenangnya.

Admin halaman itu mengingatkan netizen agar tidak mudah mengikut trend sedemikian. Tegasnya, data ialah privasi seseorang dan tidak sepatutnya dijadikan bahan ‘challenge’.

 

Sejak perkongsian itu dimuat naik, ciapan berkenaan telah meraih 100k tanda suka, 49.5k ulang ciap serta 2689 komen.

 

Rata-rata netizen bersetuju bahawa trend itu merbahaya dan tidak sepatutnya diikuti namun ada juga dalam kalangan netizen yang bitter dan mengatakan trend itu tidak salah dan sekadar suka-suka.

Ada juga berpendapat tidak ada salahnya buat challenge ini, namun pengguna sendiri perlu bijak memilih apa yang boleh dikongsikan.

Post a Comment