Rasa Dah Jauh Kena Tinggal, Pura-Pura Pengsan Jelah! – Manis Madu
Rasa Dah Jauh Kena Tinggal, Pura-Pura Pengsan Jelah!

Rasa Dah Jauh Kena Tinggal, Pura-Pura Pengsan Jelah!

Di sebalik tantrum dan kekecohan yang ditimbulkan, harus diakui telatah anak-anak istimewa kadangkala mencuit hati. Gelagat mereka yang polos dan jujur, memang cair!

 

Sama seperti satu perkongsian di laman TikTok yang memperlihatkan gelagat anak-anak istimewa ketika pertandingan lumba lari diadakan.

Selepas wisel dibunyikan, kanak-kanak berkenaan mula berlari ke garisan penamat. Bersungguh-sungguh semuanya lari!

 

Namun, seorang daripada anak istimewa itu ‘tertinggal’ di belakang kerana larian yang agak perlahan berbanding kawan-kawannya yang lain.

 

Apa yang membuat warganet geli hati adalah tindakannya yang ‘pura-pura pengsan’ di tengah padang apabila mendapati sudah tiada harapan untuk menang.

 

“Teknik baru Hafiz…agak-agak nampak takde harapan nak menang, buat-buat pengsan terus,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dan memuji ‘kecomelan’ gelagat anak istimewa itu.

 

“Benda dah kena tinggal jauh dah, pengsan je la,”

 

“Comel! Sampai terangkat macam tu sekali ye kakinya. Terhibur sis,”

 

“Aku kalau MSSD, MSSK pun kalau ada bau bau nak kalah tu auto buat-buat pengsan jugak sebenarnya,”

 

Aduh, comel betul adik ini ya! Boleh pula dia pura-pura pengsan bila perasan dah kena tinggal jauh dengan kawan-kawan. Budak bijak!

Post a Comment