Ratah Ayam Mentah Macam Makan Ayam Goreng, Netizen Loya Tekak Tengok! – Manis Madu
Ratah Ayam Mentah Macam Makan Ayam Goreng, Netizen Loya Tekak Tengok!

Ratah Ayam Mentah Macam Makan Ayam Goreng, Netizen Loya Tekak Tengok!

Di platform media sosial boleh dikatakan terdapat banyak ‘bakat-bakat’ pelik boleh dijumpai. Kadang-kadang tu sampai cannot brain tahap pelik dia!

 

Seperti satu video tular di laman TikTok menunjukkan seorang gadis meratah ayam yang masih mentah!

ayam mentah 1 (1)

Di ruangan caption, pemilik akaun tersebut menulis,

 

“Awek kau lawa?? Makan ayam mentah tak??”

 

Dalam video berkenaan, gadis itu dengan bersahaja dilihat memakan ayam yang masih mentah dan masih kemerah-merahan!

 

Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet. Ada yang rasa loya, ada juga yang rasa seram dan lain-lain lagi.

ayam mentah 2 (1)

“Hati-hati, orang yang makan benda berdarah biasanya ada jin/saka/pendamping/jin kebal. So hati-hati,” @alyyyyyndy

 

“Haishh, aku kalau makan ayam tetiba tak masak kat tengah pun dah melugai,” @fie_haizar

 

“Aku basuh ayam je nak termuntah bau dia, lagi dia makan macam tu apa rasa,” @n.ssyaaaaa

 

Video berkenaan telah meraih 2.5 juta tontonan serta 106.4k tanda suka dan 17.4 komen di TikTok. Video itu juga turut dikongsi sebanyak 12.6k!

Post a Comment