Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun – Manis Madu
Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis, semalam (waktu tempatan.

 

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Buckingham, baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.

Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

 

Terdahulu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan Ratu Elizabeth pada sekitar tengah hari waktu tempatan. Kenyataan itu menyebut baginda dalam pemantauan kesihatan.

 

Susulan kenyataan itu, anggota kerabat diraja, antaranya Putera Charles (kini Raja Charles) dan Puteri Anne, dilapor berangkat ke Istana Balmoral, untuk bersama-sama baginda.

Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.

 

Ratu Elizabeth merupakan ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk UK, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Tuvalu.

Post a Comment