“Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya,” Pejuang Vaginismus Perlu Sokongan Suami Untuk Sembuh – Manis Madu
“Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya,” Pejuang Vaginismus Perlu Sokongan Suami Untuk Sembuh

“Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya,” Pejuang Vaginismus Perlu Sokongan Suami Untuk Sembuh

Pernah dengar tak tentang penyakit yang diberi nama Vaginismus atau sindrom faraj terkunci? Penyakit ini boleh dikatakan rare kerana jarang berlaku dan kesedaran mengenainya juga jarang diperkatakan secara meluas.

 

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Kash Mustafa ada membuat perkongsian mengenai penyakit ini di platform TikTok.

@dr.kash_89 SINDROM FARAJ TERKUNCI . Penyakit yang dihadapi oleh ramai wanita . Kes pesakit diceraikan bukan lagi perkara baru . Sokongan suami sgt penting untuk kesembuhan. #vaginismusmalaysia #vaginismusbisasembuh ♬ suara asli – Ziell Ferdian

Dalam salah satu videonya, Doktor Kash memberitahu beliau menerima mesej daripada pesakitnya yang mengatakan pesakit tersebut mahu membatalkan rawatan.

 

“Doktor, saya nak cancel rawatan bulan depan. Suami saya ceraikan saya juga akhirnya. Rawatan ni dah tak ada makna untuk saya,” tulis pesakit tersebut.

 

Tambah doktor itu lagi, pejuang Vaginismus sangat memerlukan sokongan suami untuk sembuh. Namun, perkara yang lebih penting adalah sembuh untuk diri sendiri dan bukannya orang lain.

 

Penyakit Vaginismus atau Sindrom Faraj Terkunci adalah satu masalah kesihatan di mana seorang wanita terlalu takut atau fobia untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan sehingga menyebabkan faraj tertutup dan bertukar keras seperti dinding.

 

Dalam pada itu Doktor Kash juga menjawab soalan daripada pengikutnya berkaitan faktor berlakunya penyakit ini. Antara penyebabnya adalah:

 

  • Fobia atau keresahan pada malam pertama
  • Dengar cerita-cerita ngeri seperti darah keluar, pecah dara pada malam pertama daripada orang lain
  • Pengalaman hitam seperti pernah dicabul
  • Melihat atau mendengar berita tentang jenayah rogol yang menyebabkan faraj terkoyak dan sebagainya
  • Berlaku juga wanita yang mengalami trauma ketika bersalin

 

Penyakit ini jelas boleh sembuh kerana menurut beliau, ada pesakitnya yang mendapatkan rawatan dan berjaya sembuh.

 

Doktor Kash juga berpesan kepada bakal pengantin untuk ‘menutup telinga’ dan tidak mendengar usikan tentang malam pertama, pecah dara dan sebagainya.

Post a Comment