Raya Di Kampung Ramai-Ramai? Hati-Hati Bila Banyak Guna Palam Suis Di Kampung Sekaligus! – Manis Madu
Raya Di Kampung Ramai-Ramai_ Hati-Hati Bila Banyak Guna Palam Suis Di Kampung Sekaligus!

Raya Di Kampung Ramai-Ramai? Hati-Hati Bila Banyak Guna Palam Suis Di Kampung Sekaligus!

Tahun ini Syaz pasti ramai dah tak sabar nak raya, iyalah mana tak sabarnya tahun ini baru boleh jumpa semua ahli keluarga selepas 2 tahun tidak dapat beraya dengan kesemua ahli keluarga. 

 

Maksudnya mesti ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung beraya, HATI-HATI! 

 

Kenapa Syaz suruh berhati-hati? Bila ramai orang di rumah kampung pada zaman sekarang ini bermaksud ramai yang akan pakai palam suis untuk pelbagai kegunaan terutamanya untuk cas bateri telefon, seterika baju dan sebagainya. 

 

Ramai-ramai nak pakai palam suis mesti akan pakai soket extension plug macam gambar ini.

plug 1 (1)

Tolong elakkan dari pakai benda ini secara ‘berjemaah’ sebab sangat bahaya, boleh menyebabkan kebakaran!

Tidak Melebihi 1 Amp

plug 3 (1)

Jika anda pasang banyak soket extension plug seperti dalam gambar TETAPI hanya guna secara serentak semuanya untuk mengecas telefon atau alatan setiap satunya tidak melebihi 1 AMP (ringan), ianya TIDAK MENJADI MASALAH kerana soket plug si IBU boleh menahan sehingga 13 AMP beban maksimum. 

 

Tapi Syaz masih nasihatkan untuk elak digunakan secara serentak atau berjemaah. 

Alatan-alatan High AMP

Lain cerita pula jika Maduners cuba untuk guna secara serentak untuk alatan-alatan yang mempunyai HIGH AMP seperti 

  • Cerek air (8 AMP)
  • Periuk nasi (8 AMP)
  • Seterika (5 AMP)
  • Peti Sejuk (3 AMP)
  • Portable Air-Conditioning (5.5 AMP)

 

Banyak lagi contoh lain, dan Syaz tahu ramai akan masak pelbagai juadah di rumah jadi perlu guna banyak palam suis sekaligus, tetapi Syaz mohon ELAK perkara ini kerana jika menggunakan alatan yang mempunyai high amp, kabel akan menjadi panas, soket palam akan mula mencair, penebat kabel mula pecah dan berlakunya lintar pintas!

 

Lintar pintas seperti yang Maduners tahu boleh mengakibatkan kebakaran besar, bahaya!

plug 2 (1)

Tip Pakai Soket Extension Plug

  1. Jangan sekali-kali membebankan extension plug dengan memasangkan peralatan yang bersama-sama akan melebihi rating arus maksimum yang dinyatakan. Ini boleh menyebabkan palam dalam soket dinding menjadi terlalu panas dan mungkin menyebabkan kebakaran.
  2. Hanya gunakan satu kabel sambungan soket bagi setiap soket dan jangan sekali-kali palamkan kabel sambungan ke satu lagi kabel sambungan (dikenali sebagai ‘Daisy-Chaining‘).
  3. Pertimbangkan untuk memasang lebih banyak soket palam suis di rumah anda jika anda mempunyai ramai ahli keluarga untuk elak terlalu membebankan IBU suis dengan tambahan extension plug yang terlalu banyak
plug 4 (1)

Tanda-Tanda Yang Perlu Diawasi

  • Bau plastik panas atau terbakar berhampiran perkakas atau soket.
  • Percikan api atau asap yang datang dari palam atau perkakas.
  • Kehitaman atau kesan hangus di sekeliling soket atau palam, atau pada perkakas.
  • Plumbum yang rosak atau koyak
  • Anda mula nampak wayar berwarna yang patutnya tersembunyi.
  • Plastik cair pada selongsong perkakas atau plumbum

 

Jadi nasihat Syaz dekat sini boleh bergilir-gilir menggunakan palam suis di rumah kampung dan hati-hati, jangan pula anda pentingkan diri sendiri, anda seorang saja gunakan palam suis! Kongsi dengan baik bersama ahli keluarga!

Post a Comment