Realiti Sebenar Mengamalkan Diet Dan Senaman, Yang Mana Patut Korang Fokus? – Manis Madu
Realiti Sebenar Mengamalkan Diet Dan Senaman

Realiti Sebenar Mengamalkan Diet Dan Senaman, Yang Mana Patut Korang Fokus?

Nak turunkan berat tapi tak pasti nak fokus untuk bersenam atau diet? Inilah penyelesaiannya!

Mesti ramai antara korang yang dah lama mengidam dapatkan berat badan yang ideal tapi terhalang sebab kurang masa untuk bersenam dan membakar kalori, kan? Jangan risau, sebenarnya ada cara lain tau, selain bersenam.

Bersenam atau Diet?

Yaya bukanlah nak beritahu yang bersenam tak penting, tapi, menurut Oprah.com, bersenam hanya mempengaruhi 25% perjalanan Maduners untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, selebihnya terletak pada kebolehan Maduners untuk mengawal makanan yang dimakan dalam seharian.

 

Sudah semestinya, kalau bersenam sekali gus mengawal pengambilan makanan dalam seharian, penurunan berat badan akan efektif dan lebih mudah untuk tercapai. Bak kata mat salleh, “go the extra mile.”

Bila Yaya cakap tentang mengawal makan, itu bukan bermaksud Maduners kena berlapar 24/7! Banyak jer makanan yang boleh diambil walaupun sedang diet.

 

Kalau Maduners nak tahu, makanan yang mengandungi serat yang tinggi merupakan pilihan makanan terbaik kalau lapar.

 

Menarik, kan? Jika Maduners ingin lebih banyak choices makanan kalau nak kekal kurus, jom baca artikel INI. Jangan seksa diri dengan kelaparan!

OK, bab makan dah settle. Sekarang, baki senaman 25% pun perlu fokus juga. Jadi, alternatif paling senang ialah workout dari rumah sahaja.

 

Oprah.com juga telah menyatakan bahawa, kita tidak perlu pun sampai berlari maraton untuk membakar lemak. Kunci kejayaan mengurangkan berat ialah dengan senaman secara konsisten setiap minggu.

 

Mesti ada juga yang terasa liat untuk workout. Jangaaan! Kalau nak memudahkan urusan, Maduners boleh download sahaja aplikasi bersenam yang Yaya dapat jamin, paling mudah untuk digunakan. Klik di SINI untuk maklumat lanjut tentang aplikasi-aplikasi tersebut.

concentrated-young-asian-woman-using-smartphone-in-park-768

Ingat, kalau pandai kawal makan, Maduners boleh capai body goals dengan kadar masa yang lebih singkat. Jadi, eat smart ya!

Post a Comment