Rebus Penyedut Minuman Untuk Buat Pasta? Ramai Murung Tengok Resipi Pasta Straw! – Manis Madu
Rebus Penyedut Minuman Untuk Buat Pasta Ramai Murung Tengok Resipi Pasta Straw!

Rebus Penyedut Minuman Untuk Buat Pasta? Ramai Murung Tengok Resipi Pasta Straw!

Umum mengetahui bahawa penyedut minuman daripada Coffee Bean boleh dimakan tetapi tidak digalakkan. Malah, pekerja Coffee Bean juga pernah tular berkongsi rasa penyedut minuman yang diperbuat daripada beras itu.

 

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kumpenghan telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mengambil penyedut minuman Coffee Bean dengan banyak dan juga membeli aiskrim McDonald’s.

Apa yang mengejutkan adalah, penyedut minuman itu dijadikan pasta manakala aiskrim McDonald’s pula menjadi bahan untuk kuah carbonara.

 

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki itu menjadikan penyedut minuman Coffee Bean itu sebagai pasta. Malah, memasukkan aiskrim McDonald’s ke dalam kuahnya juga dikatakan cukup pelik dan hasilnya tidak menyelerakan.

Tik tok 2 (1)

Netizen juga bertanya kepada lelaki tersebut apakah rasa pasta yang dibuatnya kerana dapat dilihat kuah carbonaranya cair bukannya pekat seperti kebiasaan. 

 

Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan pasti selepas ini Coffee Bean akan kenakan caj untuk penyedut minuman kerana tindakan lelaki itu mengambil dengan jumlah yang banyak bagi mengelakkan kejadian berulang.

 

Video itu juga mendapat perhatian Khairul Aming dan beliau mengatakan terus berasa murung dan stress selepas melihat resipi menjadikan penyedut minuman Coffee Bean sebagai pasta.

Post a Comment