Rebut Gelaran Ratu Cantik, Wanita Godam Sistem Komputer Untuk Undi Diri Sendiri – Manis Madu
Rebut Gelaran Ratu Cantik, Wanita Godam Sistem

Rebut Gelaran Ratu Cantik, Wanita Godam Sistem Komputer Untuk Undi Diri Sendiri

Kerana taksub ingin memenangi pertandingan Ratu Cantik, seorang wanita dari Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun kerana disyaki menggodam sistem pengundian bersama ibunya kelmarin.

 

Emily Rose Grover, 18, bersama ibunya yang juga merupakan Penolong Pengetua di sebuah sekolah lain di daerah yang lain telah dituduh melakukan kesalahan tersebut.

 

Menurut laporan DailyMail  anak beranak itu disabitkan beberapa jenayah seperti kesalahan penggunaan sistem komputer, jaringan komputer dan peranti elektronik, penggunaan alat komunikasi dua hala tidak sah dan konspirasi.

 

Emily dan ibunya Laura Rose Caroll, 50, juga turut dituduh menggodam dan melakukan penipuan komputer yang boleh menyebabkan anak beranak tersebut dipenjara selama 16 tahun, jika disabit kesalahan.

 

Mengikut hasil siasatan, terdapat 117 undian telah dibuat terhadap Grover yang dihantar mengikut alamat protokol internet (ip) yang sama dalam tempoh masa yang singkat.

 

Tindakan tersebut telah memberi bukti yang mengaitkan dua beranak tersebut. Susulan jenayah itu, wanita terbabit telah dibuang sekolah manakala ibunya pula digantung pekerjaan.

 

Sumber Gambar: Dailymail

Post a Comment