Red Flag! Tinggal 5 Tabiat Ini Kalau Nak Kurus – Manis Madu
Red Flag! Tinggal 5 Tabiat Ini Kalau Nak Kurus

Red Flag! Tinggal 5 Tabiat Ini Kalau Nak Kurus

Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan ini pastinya menjadi medan untuk sama-sama meningkatkan ibadah dan menggandakan pahala.

 

Nak diet pula ketika bulan puasa memang tak ada masalah bahkan Maduners boleh ikut tips diet yang Madu pernah kongsikan dulu.

 

Namun, dalam artikel kali ini Madu akan fokuskan kepada perkara-perkara red flag yang perlu korang elak kalau nak berjaya turunkan berat badan sedikit sebelum raya. Lessgooo!

1. Jangan Kurang Minum Air

hong-feng-MisixJ_OrrM-unsplash (1)

Perkara pertama yang paling penting! Maduners perlu pastikan air di dalam badan mencukupi, jangan sampai dehidrasi. Maklumlah, dalam bulan puasa masa sangat terhad untuk cukupkan keperluan air.

 

Maka, korang kena atur strategi untuk cukupkan pengambilan air pada bulan Ramadhan. Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Maduners boleh ikut cara di bawah:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

2. Jangan Sesekali Tinggal Sahur

Walaupun dengan cara skip sahur boleh kurangkan pengambilan kalori, tapi sebenarnya tabiat itu tidak sihat kerana boleh membuatkan badan lemah semasa berpuasa.

 

Pada akhirnya, korang akan makan dalam kuantiti yang lebih banyak semasa berbuka. Siapa yang rugi?

3. Pastikan Ambil Protein Mencukupi

ella-olsson-ZjEeMnDiq00-unsplash (1)

Ketika bersahur, pastikan Maduners mengambil protein seperti telur putih, daging bakar, atau ayam kukus dengan kadar mencukupi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

 

Sebenarnya, boleh jerr korang nak makan nasi, mi atau mihun cuma pastikan ambil dalam kuantiti sederhana dan cara memasaknya perlu diperhatikan.

4. 2-Hour Rule

kinga-cichewicz-kqDEH7M2tGk-unsplash (1)

Antara big red flag yang buatkan kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa adalah kerana korang akan tidur dalam masa yang singkat selepas makan sahur.

 

Selepas solat tarawih pula, korang akan makan moreh dengan kuih atau snek, kemudian baring dan terus tertidur!

 

Tabiat seperti inilah akan menyebabkan lemak terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari dan akan mula menganggu sistem pencernaan dan seterusnya boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap dilakukan.

5. Sentiasa Kekal Aktif

Selalunya bila berpuasa, produktiviti seseorang itu pasti terjejas. Meskipun siang hari kurang bertenaga kerana berpuasa, jangan jadikan perkara itu satu alasan untuk bermalas-malasan sepanjang hari ya!

 

Kalau tidak bersenam pun, cubalah sedaya upaya untuk kekal aktif melakukan aktiviti harian seperti melakukan kerja rumah dan sebagainya.

 

Tip ringkas! Andai kata tiba-tiba tekak rasa nak minum minuman manis pula, korang buat sendiri smoothie buah-buahan sendiri tanpa gula.

 

Kalau Maduners berjaya ikut 5 langkah yang Madu senaraikan, tak mustahil boleh dapatkan bentuk badan yang ideal menjelang raya nanti!

Post a Comment