Rekaan Maskot Kanak-Kanak 10 Tahun Dari Malaysia Dinobat Juara di Pertandingan Rekaan Maskot Sukan Komanwel 2022 – Manis Madu
Rekaan Maskot Kanak-Kanak 10 Tahun Dari Malaysia Dinobat Juara di Pertandingan Rekaan Maskot Sukan Komanwel 2022

Rekaan Maskot Kanak-Kanak 10 Tahun Dari Malaysia Dinobat Juara di Pertandingan Rekaan Maskot Sukan Komanwel 2022

Menurut Birminghammail, meskipun baru menjejak usia 10 tahun, maskot rekaan Emma Lou itu telah dinobat sebagai juara apabila ianya telah memenuhi kehendak penganjur yang mana maskot yang direka khas bagi Pertandingan Sukan Komanwel Birmingham tahun 2022.

 

Emma menyatakan bahawa dia sangat terkejut apabila menerima berita yang dia menjuarai pertandingan tersebut.

 

“Saya rasa macam saya dalam mimpi, maskot itu sangat hebat dan comel bagi saya dan saya juga tidak sabar untuk melihat Perry ketika majlis pembukaan Sukan Komanwel 2022 nanti”, ujar Emma.

 

“Saya pilih lembu jantan kerana gelanggang melawan lembu merupakan satu budaya turun temurun di Birmingham dan memilih heksagon kerana ianya adalah bentuk yang paling sesuai menggambarkan dunia ini bergantung antara satu sama lain”, tambah beliau mengenai rekaannya itu.

Bapa Emma, Eric Lou yang merupakan seorang pendidik di Manchester Metropolitan Unversity berkata beliau sangat berbangga dengan pencapaian Emma dan rasa sangat dihargai apabila rekaan anaknya itu dipilih sebagai pemenang dan ini mengimbau kenangan beliau apabila menjejakkan kaki ke Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Malaysia dahulu.

 

“Saya sangat berbangga dan berasa dihargai apabila rekaan anak saya telah dipilih sebagai pemenang dan saya harap agar Sukan Komanwel 2022 ini dapat memberikan pengalaman yang sama kepada Emma”, ujar beliau.

 

Penganjur menyifatkan bahawa rekaan Emma adalah rekaan yang paling menyerlah berbanding rekaan dari peserta lain dari pelbagai negara.

 

“Rekaan Emma sangat istimewa yang mana ianya sangat berbeza dan menyerlah dari peserta lain kerana rekaannya itu benar-benar menunjukkan budaya dan identity Birmingham selaku lokasi rasmi Sukan Komanwel 2022”, kata penganjur.

 

Selain itu, Emma dan keluarganya telah dijemput khas untuk menyaksikan majlis pembukaan Sukan Komanwel kelak yang akan berlangsung pada 28 Julai 2022 di Birmingham.

Birmingham-2022-Mascot-Perry

Sumber Gambar: Birminghammail.co.uk

Post a Comment