Relevan Ke Style Cermin Mata 1910-an? Senarai Style Cermin Mata Masih Trendy Hingga Kini
Zaman sekarang, tak kira rabun atau tak mesti ada yang memang minat pakai cermin mata betul tak?
Tak kisahlah lelaki atau perempuan tapi trend bergaya dengan cermin mata memang dari dulu dah wujud.
Bukan sebab rabun jerr, tapi ada yang pakai sebab silau dari cahaya matahari, silau masa bawa kereta malam-malam.
Tapi, pernah tak kita terfikir sebenarnya gaya bingkai cermin mata yang bermacam ini berasal dari era mana?
Bahkan, ada bingkai cermin mata yang ala-ala dalam cerita P Ramlee pun masih ada orang gayakan hingga ke hari ini!
Cermin Mata Bulat – 1910
Anda pernah tak tengok cerita klasik yang betul-betul klasik lebih-lebih lagi filem yang berasal dari negara barat.
Cermin mata bingkai bulat hitam ini sebenarnya dah wujud lama tapi zaman sekarang ini orang masih lagi tercari-cari design ini tau.
Bak kata orang, untuk Outfit Of The Day (OOTD) katakan, alah yang pakai baju lawa-lawa untuk ambil gambarlah!
Bingkai bulat ini memang trendy tapi awas, mereka yang berwajah bulat tak disarankan untuk guna bingkai bulat tau.
Bingkai Bentuk Unik – 1940
Baik, kenapa cermin mata dengan bingkai unik dan pelbagai ini dikeluarkan?
Sebab pada ketika itu pembuat cermin mata melihat mereka yang memakai cermin mata ini bukan jerr sebab rabun tapi untuk bergaya dengan pakaian mereka.
Jadi, pereka cermin mata pun pada ketika itu mulalah cipta bingkai cermin mata yang pelbagai untuk menarik minat pembeli.
Macam-macam bentuk ada.
Yang menariknya, sehingga hari ini masih ada lagi yang menggunakan bingkai-bingkai sebegini lagi-lagi di dalam pertunjukan fashion dan juga iklan-iklan.
Bingkai Mata Kucing – 1950
Pada tahun ini, trend memakai cermin mata dah macam satu kewajiban untuk mereka yang hidup pada zaman itu.
Keluar dengan rekaan yang lebih menarik, bingkai diberi nama cat-eye ini mula mendapat perhatian setelah bentuknya yang unik amat menarik minat penggemar cermin mata.
Bukan saja cermin hitam namun bingkai ini juga dibuat untuk mereka yang menggunakan cermin mata kerana rabun.
Ha, tengok tak cerita Kampung Boy yang cikgu dia? Kan cermin mata dia bentuk macam cat-eye.
Sebenarnya ada banyak lagi, jadi Fazlan senaraikan gambar-gambar dekat bawah! Jom kita tengok satu-satu bingkai yang masih trendy hingga kini!