Rendahkan Martabat Wanita Dan Keturunan Minang Baru Sehari Ditayangkan, Gadis Jolobu The Movie Dikritik! – Manis Madu
Rendahkan Martabat Wanita Dan Keturunan Minang? Baru Sehari Ditayangkan, Gadis Jolobu The Movie Dikritik!

Rendahkan Martabat Wanita Dan Keturunan Minang Baru Sehari Ditayangkan, Gadis Jolobu The Movie Dikritik!

Kejayaan filem Mat Kilau yang menjadi fenomena baru-baru ini membuktikan filem tempatan mampu ‘pergi jauh’ jika garapannya dibuat sehabis baik. Memang luar biasa penangannya!

 

Baru-baru ini sebuah filem berjudul Gadis Jolobu the Movie (GTJM) mula ditayangkan di panggung wayang namun katanya filem ini telah mendapat kecaman daripada netizen di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

Melihat kepada judulnya sahaja, pasti ramai sudah dapat meneka naskah arahan CL Hor ini mengetengahkan beberapa elemen tradisional adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan. Filem tersebut juga dikhabarkan telah menelan kos sekitar RM2.5 juta!

Untuk info, GTJM mengisahkan tentang 3 orang bujang terlajak yang sedang berusaha mencari jodoh masing-masing. Filem tersebut dibintangi penyanyi lagenda Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

 

Melalui hantaran di laman sosial Twitter, terdapat kritikan diberikan daripada individu yang sudah menonton filem berkenaan di pawagam yang mendakwa filem tersebut telah menjatuhkan martabat wanita dan tidak terkecuali turut merendahkan keturunan Minang.

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa trailer filem berkenaan juga tidak menarik dan apa yang cuba disampaikan dalam naskah tersebut mengelirukan.

 

Katanya, filem ini membawa genre komedi ringan. Rasanya, kalau nak tahu sejauh mana ‘keupayaan’ filem ini dan dakwaan netizen, korang kena pergi tengok dulu kot? Ekau raso-raso camno jang?

Post a Comment