Rentas Daerah Tanpa Kebenaran, Remaja Perempuan Dikompaun RM5,000 – Manis Madu
merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan perkhidmatan tren

Rentas Daerah Tanpa Kebenaran, Remaja Perempuan Dikompaun RM5,000

Menurut laporan Berita Harian, seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata remaja berusia 19 tahun itu dikompaun berikutan gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di terminal itu.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan pemantauan SOP di terminal pengangkutan berkenaan selepas beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang dilaksanakan PKP kelmarin, sekali gus melarang pergerakan merentas daerah dan negeri.

 

“Ketika pemeriksaan polis menemui sepasang kekasih dari Bukit Mertajam yang terletak dalam daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral dalam daerah Seberang Perai Utara.

 

“Apabila siasatan dijalankan remaja lelaki berkenaan yang juga berusia 19 tahun datang dari Kedah sebelum bertemu teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk sama-sama pergi temuduga kerja di sebuah syarikat di negeri ini.

 

“Remaja lelaki berkenaan mempunyai dokumen rentas negeri termasuk surat panggilan temu duga kerja namun teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen kebenaran rentas daerah maka polis mengeluarkan kompaun terhadap kesalahannya,” katanya selepas mengadakan operasi di sini, malam tadi.

 

Mengulas lanjut mengenai operasi yang diadakan, Noorzainy berpuas hati apabila pemeriksaan mendapati semua penumpang mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa.

Post a Comment