Replika Bongkah Ais Muzium Titanic Runtuh, Tiga Pengunjung Cedera – Manis Madu
Replika Bongkah Ais Muzium Titanic Runtuh, Tiga Pengunjung Cedera

Replika Bongkah Ais Muzium Titanic Runtuh, Tiga Pengunjung Cedera

Dinding replika bongkah ais di Muzium Titanic runtuh, mengakibatkan tiga pengunjung cedera.

 

Menurut laporan, tiga orang pengunjung cedera dalam kejadian di Pigeon Forge, Tennessee di Amerika Syarikat pada Isnin, dan dibawa ke hospital, kata pemilik tarikan itu.

 

“Pada masa ini, kami tidak tahu sejauh mana kecederaan mereka dan kami mendoakan keselamatan mereka yang terlibat,” tulis pemilik tersebut di media sosial.

 

“Kami sama sekali tidak menyangka kemalangan seperti ini berlaku kerana keselamatan pengunjung dan kakitangan kami sentiasa diutamakan,” tambahnya.

 

Dinding replika bongkah ais itu diperbuat daripada ais dan pengunjung dibenarkan untuk menyentuhnya.

 

Muzium tersebut dibuka semula pada Selasa sehari selepas kejadian berlaku.

 

Polis Pigeon Forge dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dijalankan dan mengesahkan runtuhan yang berlaku merupakan satu kemalangan.

Muzium Titanic

Untuk pengetahuan umum, Muzium Titanic dibina bagi memperingati tragedi kapal Titanic yang karam selepas melanggar sebuah bongkah ais lebih seabad lalu.

Post a Comment