Resah Gelisah Tengok 5 Design Skechers Pokemon Foamies, Rasa Nak Borong Semua! – Manis Madu

Resah Gelisah Tengok 5 Design Skechers Pokemon Foamies, Rasa Nak Borong Semua!

Tak tenang hidup Madu lepas dapat tahu Skechers keluarkan koleksi baru! Kalau design sebelum ini pun dah cukup ‘membotakkan’ kepala sebab terborong banyak, apa cerita pula dengan kolaborasi dengan Pokemon kali ini? Resah gelisah dibuatnya geng!

 

Oleh itu, hari ini Madu dengan rasminya akan ‘racun’ Maduners dengan rekaan-rekaan terbaru Skechers Pokemon Foamies yang teramat cute. Jangan menyesal kalau teruskan membaca ye! Madu tak bertanggungjawab kalau Maduners tewas okay?

Maduners jangan tak tahu, selain memiliki design yang super-duper cute, koleksi Skechers Pokemon Foamies ini juga didatangkan dengan beberapa ciri khas dan istimewa. Semuanya hanya untuk keselesaan dan kepuasan si pemakai!

 

Jom kita tengok apa ciri-ciri khas dan istimewa dalam koleksi Skechers Pokemon Foamies.

  1. Mempunyai kusyen ULTRA GO® yang ringan dan responsif

Rasa macam pijak kapas! Begitulah perumpamaan kalau Maduners pakai sandal yang dilengkapi kusyen ULTRA GO® ini. Nak shopping berjam-jam pun takde masalah sebab sandal ini memang ringan dan responsif!

  1. High-rebound Comfort Pillar Technology®

Teknologi high-rebound atau lantun tinggi ini boleh menambah keselesaan buat pemakai. Nak pakai pergi bercuti, berjalan-jalan atau lain-lain kegunaan tanpa risau sakit kaki! Tapi korang jangan risau, teknologi lantun ini tak akan menyebabkan korang melompat pun. Minimalis lantunan sahaja!

  1. Water-friendly design

Wah, tak cukup dengan kusyen ULTRA GO® dan teknologi high-rebound, Skechers tambah lagi satu ciri istimewa iaitu water-friendly design! Maduners boleh pakai di taman tema air, pantai atau swimming pool tanpa risau. Selain itu, mudah dibasuh juga tau!

  1. Rekaan inspirasi daripada animasi Pokemon

Maduners tengoklah rekaan-rekaan koleksi yang diinspirasikan daripada kartun animasi Pokemon. Ada Pikachu, Jigglypuff, Eevee, Charizard dan Snorlax. Omooo, memang comel gilerr!

 

Produk keluaran Skechers memang tak mengecewakan! Kualiti terbaik ditawarkan dengan rekaan menarik akan selalu buat orang jatuh cinta. Buat peminat Pokemon, jangan lepaskan peluang untuk rebut koleksi Skechers Pokemon Foamies ini ya!

Post a Comment