Resepi Roti Popcorn Karamel Sesuai Untuk Minum Petang, Jom Cuba! – Manis Madu
Resepi Roti Popcorn Karamel Sesuai Untuk Minum Petang, Jom Cuba!

Resepi Roti Popcorn Karamel Sesuai Untuk Minum Petang, Jom Cuba!

Buat Maduners yang sudah kering idea memikirkan menu apa lagi boleh dibuat ketika minum petang atau sesi menonton bersama keluarga, menu simple yang satu ini korang wajib cuba buat!

 

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sitisarahothman, dia ada berkongsi satu resipi menu snacking yang ringkas tapi menarik. Jom kita tengok!

Resipi Roti Popcorn Karamel

Bahan-bahan:

Roti tawar atau roti Gardenia

Sedikit gula

Mentega

Sedikit air

 

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, potong roti berbentuk kiub dan sangai roti tersebut di dalam kuali. Sangai sampai garing tau!
  2. Bila dah garing, angkat dan ketepikan seketika.
  3. Beralih ke sos karamel, mula-mula masukkan dua sudu gula diikuti dengan sedikit air dan mentega.
  4. Gaul sebati bahan-bahan tadi sehingga bertukar warna.
  5. Akhir sekali, campurkan roti yang telah disangai tadi dengan sos yang sudah siap tadi hingga sebati. Done!

 

Resipi ini sangat mudah, tak guna banyak bahan, ringkas cara penyediaannya dan yang pasti nampak menyelerakan. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment