Resipi Choconde Mudah, Hanya Guna 4 Bahan! – Manis Madu
Resipi Choconde Mudah, Hanya Guna 4 Bahan

Resipi Choconde Mudah, Hanya Guna 4 Bahan!

Kebanyakan rakyat di Malaysia pastinya akan tahu tentang kewujudan kuih yang diberi nama ‘Onde-onde’. Lebih-lebih lagi di bulan puasa. Di sebahagian tempat, kuih Onde-onde juga dikenali sebagai ‘Buah Melaka’.

onde-onde-rasa-malaysia

Pelbagai inovasi telah dibuat menggunakan resipi Onde-onde contohnya kek berperisa Onde-onde, aiskrim, roti dan lain-lain. Inovasi yang dibuat juga semuanya menjadi dan menarik!

myinsidescoop-OndeCake
kl.foodie_Nestlé Onde-Onde

Baru-baru ini, Madu ada tengok di TikTok satu perkongsian yang tak kalah menariknya berkaitan kuih Onde-onde juga.

 

Menariknya, resipi asal Onde-onde telah diubah menjadi sesuatu yang baharu tetapi mengekalkan cara penghasilan yang sama.

 

Menu yang dihasilkan adalah Choconde!

Sekilas tengok nama menu, Madu masih belum dapat tangkap apa yang bakal dihasilkan. Rupa-rupanya nama tersebut adalah gabungan Chocolate + Onde-onde = Choconde. Kreatif kan?

 

Lebih menarik bila Maduners tengok tutorial yang gadis ini share. Mudah dan nampak menyelerakan! Jom Madu kongsikan bahan-bahan serta cara nak buat Choconde ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 tin air milo
  • Coklat kesukaan korang (tak kisah apa-apa jenama pun boleh)
  • Nestum

 

Cara penyediaan:

  • Masukkan 3 cawan tepung pulut kemudian tambahkan 1 tin air milo. Untuk air milo, Maduners perlu masukkan sedikit demi sedikit okay?
  • Ambil sedikit tepung yang sudah siap diuli tadi dan masukkan coklat kesukaan korang ke dalamnya. (Tips untuk tahu samada tepung kita dah ready atau belum, Maduners boleh test dulu. Agak-agak tak melekat dekat tangan, dah boleh teruskan.)
  • Bulatkan dan rebus hingga mendidih kemudian angkat dan saluti Choconde kita dengan nestum.

 

Senangkan! Resipi ini sesuai sangat untuk dicuba kerana mudah, bahan pun tak banyak.

Post a Comment