Resipi Cornflakes Lain Dari Yang Lain, Wajib Try! – Manis Madu
cornflakes

Resipi Cornflakes Lain Dari Yang Lain, Wajib Try!

Sebut sahaja tentang cornflakes yang selalu orang akan fikir tak lain tak bukan mesti cornflakes susu atau cornflakes madu. Tetapi untuk resipi cornflakes  kali ini agak berbeza sedikit dengan resipi yang lain

#Cornflakes Pedas Manis

Cornflakes-Pedas-Manis

Cornflakes kali ini rasanya agak pedas-pedas sikit, rangup dan pastinya sedap! Kalau korang makan mesti tak boleh berhenti. 

 

Jadi, untuk bahan-bahannya ialah  :

  • 5 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar bawang merah (dikisar)
  • 3 sudu besar bawang putih (dikisar)
  • 1 kotak cornflakes
  • 7 sudu besar gula
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit sos cili

Seterusnya Maduners boleh teruskan dengan step berikutnya. Cara nak buat cornflakes pedas manis ini ialah :

 

  1. Mula-mula panaskan minyak ke dalam kuali kemudian masukkan kesemua cili kisar yang sudah disukat tadi. Pastikan api sederhana sahaja dan biarkan cili itu pecah minyak.
  2. Kalau korang tengok cili kisar tadi macam dah masak dan pecah minyak sikit, korang masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar.
  3. Sesetengah resepi dorang hanya gunakan bawang putih sahaja, itu terpulang pada cita rasa masing-masing. Lagi banyak bawang lagi sedap sambal itu nanti.
  4. Selepas itu korang masukkan pula gula dan garam supaya rasanya seimbang. Tapi hati-hati tau, letak sikit-sikit dulu takut nanti terlebih gula atau terlebih garam dah satu hal pula. 
  5. Sambal itu perlu dikacau selalu ya supaya tak hangit. Nanti tengah sedap-sedap makan tiba-tiba rasa hangit, kan dah tak best macam tu. Tunggu sampai sambal itu agak pekat baru korang masukkan cornflakes.
  6. Langkah terakhir untuk mengekalkan kerangupan cornflakes pedas manis korang ialah dengan membakar ke dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.

#Cornflakes Florentine

Cornflakes-Florentine

Korang pernah dengar tak cornflakes florentine ni? Selalu kalau Florentine mesti orang gunakan kekacang betul tak? Tapi kali ini kita ubah sikit dengan menggunakan cornflakes pula.

 

Cara nak buat dia sangat-sangat senang. Korang hanya perlu tiga bahan sahaja uolls! Serius tak tipu. 

 

Korang hanya perlukan :

  • 2 cawan tepung Florentine
  • 4 cawan mini cornflakes
  • 1 cawan badam

 

Cara nak buat dia pun mudah sangat:

 

  1. Korang gaulkan sahaja kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam paper cup atau letak sahaja dalam dulang dan potong bila dah sejuk. Ini bergantung kepada kreativiti tersendiri. 
  2. Selepas selesai masukkan ke dalam paper cup atau Loyang, bakar cornflakes tersebut dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  3. Kalau korang buat dalam loyang pastikan letak kertas minyak supaya tidak melekat dan potong sebelum cornflakes itu sejuk tau! Nanti dah sejuk hancur pula florentine korang.

 

Ching! Dah siap! Korang boleh makan bersama ahli keluarga yang lain.

#Cornflakes Granola Madu

granola

Untuk resipi ketiga hari ini agak banyak sikit bahan yang diperlukan tetapi jangan risau, tetap mudah untuk korang buat.

 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah : 

  • ¾ cawan gula perang
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 4 sudu besar air
  • ½ can butter
  • ½ cawan madu
  • 1 sudu besar vanilla essence
  • 3 cawan mix breakfast oat
  • 2 cawan cornflakes
  • ½ cawan chocolate chunks/ chocolate chip

 

Kesemua barang-barang ini korang boleh dapatkan di kedai kek. Kalau tak tahu Tanya jer pekerja dekat situ ok!

 

Untuk membuatnya pula: 

 

  1. Pertama sekali masukkan gula perang, cinnamon powder, air, butter dan madu ke dalam periuk masak.
  2. Buka api perlahan sahaja kemudian kacau semua bahan tersebut. Kalau nampak macam dah larut korang tambahkan sedikit vanilla essence kemudian biarkan sekejap dalam suhu bilik. 
  3. Masukkan menu utama kita iaitu cornflakes dan juga oat ke dalam adunan tadi. Bila dah kacau rata tambahkan chocolate chunk atau chocolate chip.
  4. Sudukan adunan tersebut ke dalam Loyang dan jangan lupa alas dengan baking paper ya. 
  5. Panaskan ketuhar dalam 180 darjah celcius dan bakar 10 hingga 13 minit. Tada! Cornflakes madu granola korang dah siap!

 

Haa, menarikkan menu cornflakes kita minggu ini. Lain-dari yang lain. 

 

So, kalau Maduners nak tahu banyak lagi resepi menarik cornflakes, Maduners jangan lupa check website Manis Madu!

Post a Comment