Resipi Kopi Segera ‘Another Level’ Ala-Ala Café, Buat Di Rumah Pun Boleh!
Kopi merupakan satu minuman yang disyorkan buat sesiapa sahaja yang memerlukan fokus penuh untuk melakukan kegiatan harian.
Selain membekalkan tenaga serta menaikkan semangat, kopi juga dipercayai memberi kekuatan agar peminumnya lebih fokus dalam melakukan sesuatu.
Itu adalah sebab kenapa kopi dianggap sebagai salah satu minuman ‘berjasa’ yang tanpanya mungkin permulaan hidup seseorang tidak sempurna dan kurang lengkap seperti kebiasaan.
Baru-baru ini Madu ada terjumpa satu video yang berkongsi tentang resipi instant coffee dan sangat menarik!
@hazwan_faizSetelah menyedut satu sedutan, saya berputar putar setempat di bahagian dapur dalam 5 minit. Cubalah #instantcoffee #coffeeaddict♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Video yang dikongsikan oleh @hazwan_faiz di laman TikTok ini menunjukkan cara-cara menghasilkan minuman kopi menggunakan kopi segera. Jom Madu kongsi resipinya!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 sudu instant coffee
- 1 sudu gula perang
- 1 sudu gula merah
- Air sejuk
- Susu segar
- Ais batu
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, Maduners masukkan 1 sudu instant coffee ke dalam gelas. Nak guna apa-apa jenama pun terpulang.
- Kemudian masukkan 1 sudu gula perang diikuti 1 sudu gula merah.
- Seterusnya, korang masukkan air sejuk dan kacau hingga sebati.
- Bila semua bahan-bahan tadi sudah sebati, Maduners gunakan hand mixer dan pukul hingga kembang.
- Dah nampak bahan-bahan tadi kembang dan kental, Maduners masukkan ais batu dan akhir sekali masukkan susu segar.
Dah siap! Senang jerr resipi ini, ala-ala Dalgona. Maduners boleh cuba di rumah.