Resipi Rendang Daging Anti-Gagal, Dijamin Mudah & Sedap! – Manis Madu
Resipi Rendang Daging Anti-Gagal, Dijamin Mudah & Sedap!

Resipi Rendang Daging Anti-Gagal, Dijamin Mudah & Sedap!

Sebut pasal hari raya, makanan yang akan terlintas dalam kepala mesti rendang! Memang sangat sinonim dengan perayaan di Malaysia. Di pagi raya, kalau dapat rendang cecah dengan ketupat atau lemang, memang satu kebahagiaan!

Oleh itu, hari ini Madu akan kongsikan resipi rendang daging. Pastinya resipi yang mudah dan sedap untuk Maduners.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15-20 tangkai cili kering
  • Sedikit air

 

Bahan-bahan untuk sangai:

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis

 

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 kilo daging lembu
  • 2 cawan santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh jerr dulu)
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 1-2 helai daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Gula nisan atau gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Pertama sekali, buang tulang tengah daun limau purut kemudian gulung dan hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup terlebih dahulu untuk elakkan daun kering.
  2. Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai. Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi bersama air dan cili kering yang telah direbus.
  3. Maduners kisar manja jerr tau, jangan terlebih kisar, pastikan masih ada serat-serat halus.
  4. Potong daging mengikut saiz yang korang suka. Madu sarankan potong kecil supaya lebih mudah nak makan.
  5. Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau. Kemudian, kisar halus rempah-rempah tadi.
  6. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak. Diikuti dengan daging, rempah yang telah dikisar dan kacau.
  7. Setelah itu, Maduners masukkan santan cair. Renehkan sehingga daging masak empuk.
  8. Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat. Kemudian, masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
  9. Haa, bila kuah dah pekat, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Seterusnya, masukkan pula daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
  10. Akhir sekali, masukkan gula melaka atau gula nisan diikuti dengan garam secukup rasa.

 

Tak susah pun sebenarnya nak buat rendang daging. Kalau percubaan pertama korang tak menjadi, ulang lagi sampai betul-betul jadi. Practise make perfect!

Post a Comment