Resipi Roti Ala-ala Rotiboy! Wajib Cuba Sendiri Di Rumah! – Manis Madu
Resipi Roti Ala-ala Rotiboy! Wajib Cuba Sendiri Di Rumah!

Resipi Roti Ala-ala Rotiboy! Wajib Cuba Sendiri Di Rumah!

Buat penggemar pastri, menu Mexican Coffee Bun yang lebih dikenali sebagai Rotiboy pasti menjadi antara pilihan utama. 

 

Rasanya yang enak hasil gabungan aroma kopi, manisan gula serta rasa berlemak butter ditambah pula dengan kelembutan doh roti sangat sesuai dinikmati di mana-mana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Seefah Ketchaiyo (@chefseefah)

Keenakan Rotiboy menjadikan ia satu menu yang cukup laris! Kadang-kadang bila craving, cepat jerr sold out. Apa kata, mulai hari ini Maduners belajar buat Rotiboy sendiri di rumah. 

 

Hari ini Madu akan kongsikan resipi Rotiboy. Dah tak perlu berebut beli di kedai lepas ini!

Bahan-bahan doh:

  • 110 ml susu
  • 25 g gula
  • 1.5 tsp yis
  • ½ telur
  • 200g tepung roti
  • ½ tsp garam
  • 30g unsalted butter

 

Inti:

  • 18g salted butter (Dibahagikan kepada 6 bahagian. 3g untuk setiap doh). 

 

*Disarankan supaya butter berada dalam keadaan sejuk supaya lebih senang dikawal

 

*Penting untuk menggunakan SALTED butter untuk mendapatkan buttery flavour

Rotiboy

Topping kopi:

  • 1.5 tsp kopi segera
  • 1 tsp air panas
  • ½ telur
  • 35g gula
  • 40g tepung
  • 40g unsalted butter

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan untuk doh kecuali butter.
  2. Uli doh hingga lemut selama 5 minit.
  3. Tambahkan butter dan uli lagi selama 10 minit sehingga lembut dan tidak melekat.
  4. Rehatkan doh selama 1 jam.
  5. Setelah doh naik, bahagikan doh kepada enam bahagian berbentuk bebola kecil.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit.
  7. Ratakan doh dan masukkan 3g butter dan gulungkan dengan kemas membentuk bulat.
  8. Biarkan selama 40 minit.
  9. Sementara itu, siapkan topping kopi! Larutkan kopi segera dalam air panas dan masukkan semua bahan-bahan lain kecuali butter. Gaulkan hingga sebati.
  10. Setelah itu, baru masukkan butter dan gaulkan lagi hingga sebati. Kemudian, boleh terus masukkan dalam piping bag.
  11. Letakkan topping tadi ke atas doh dan bakar pada suhu 175°C selama 18 minit.
  12. Sedia untuk dihidang! Hidang panas-panas memang terbaik.

 

Senang jerr rupanya nak buat Rotiboy, Maduners kena cuba!

 

Sumber: Vivian Cafe

Post a Comment