Resipi Roti Bakar Avokado, Tambah Topping Ikut Kreativiti!
0 comments
Tercari-cari resipi untuk menu sarapan atau makan tengah hari yang cepat tapi sedap? Haa, Maduners sudah berada di tempat yang betul!
Hari ini Madu akan kongsikan cara menyediakan roti bakar avokado yang pastinya akan memudahkan dan sedap. Paling penting sekali, Maduners bebas memilih topping apa yang korang suka.
Untuk menghasilkan resipi ini, komponen terpenting yang perlu ada mestilah roti dan avokado!
View this post on Instagram
Bahan-bahan:
- Beberapa keping roti (ikut citarasa masing-masing)
- Avokado
- Minyak zaitun
- Bawang putih
- Garam
- Perahan lemon
View this post on Instagram
Cara Penyediaan
- Membuat roti bakar avokado ini sangat mudah! Pertama sekali, Maduners panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun terlebih dahulu. Bila minyak dah cukup panas, masukkan roti dan bakar mengikut tahap garing yang korang inginkan.
- Untuk lebih sedap, sebaik sahaja roti itu diangkat, sapukan bawang putih di permukaan roti. Fuhh, confirm lebih sedap!
- Kemudian, sapukan avokado yang sudah dihancurkan ke atas roti. Jangan lupa perahkan sedikit lemon dan garam. Haa, lepas itu tambah topping ikut kreativiti korang.
Paling mudah tambahkan telur dan taburkan chilli flakes ke atasnya. Walah, perfecto!
Resipi ini sangat mudah dan sihat tau. Untuk Maduners yang nak menu cepat dan sihat, boleh cuba resipi ini tapi kalau nak mewahkan resipi ini pun boleh.
Selamat mencuba Maduners.