Restoran Tawar RM200,000 Setahun, Cari Penebar Roti Canai Profesional! – Manis Madu
Restoran Tawar RM200,000 Setahun, Cari Penebar Roti Canai Profesional!

Restoran Tawar RM200,000 Setahun, Cari Penebar Roti Canai Profesional!

Roti canai merupakan antara menu sarapan pagi paling popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kita malah pelancong asing.

 

Tahu tak, kerjaya sebagai seorang penebar roti canai boleh mencecah RM200,000! Mungkin korang yang ada bakat menebar roti canai boleh mencuba peluang pekerjaan ini tapi…bukan di negara kita lah.

 

Menerusi sebuah iklan yang dimuat naik di laman Seek.com.au, sebuah restoran di Melbourne, Australia dikenali sebagai RotiBar mencari mereka yang berkelayakan untuk memenuhi syarat ditetapkan untuk bekerja di sana.

980AAC95-6861-4D87-8721-172ED0575AB2-768x534 (1)

Antara syarat yang ditetapkan ialah mempunyai pengalaman menebar roti canai, mampu bekerja dalam tekanan, boleh mengikut arahan dan memenuhi setiap syarat untuk bekerja di Australia.

 

Iklan yang tular di media sosial ini juga membuatkan warganet rata-ratanya terkejut dengan tawaran gaji yang tinggi sebagai penebar roti canai. 

 

Sebahagian pula ada yang membandingkan gaji penebar roti canai tanah air dengan gaji ditawarkan restoran berkenaan.

Post a Comment