Reti Pakai Tapi Tak Reti Jaga! 5 Tip Jaga Peti Sejuk Untuk Penggunaan Yang Lebih Efisien – Manis Madu
Bila selalu menggunakan peti sejuk, kita terlalu lalai untuk perasan tentang perkara ini. Peti sejuk antara barangan elektronik yang sentiasa kita buka tutup bila nak masuk atau keluarkan barang dari peti sejuk. Bila dah selalu buka tutup jadi seal pada pintu pintu sejuk mungkin akan cepat lekang, jadi pastikan anda sentiasa peka dengan seal peti sejuk tersebut! Tak kiralah peti sejuk Maduners jenis yang lama atau model yang terkini, harap-harap lepas ini dapat jaga peti sejuk dengan baik supaya ianya berfungsi dengan lebih efisien!

Reti Pakai Tapi Tak Reti Jaga! 5 Tip Jaga Peti Sejuk Untuk Penggunaan Yang Lebih Efisien

Bila bercerita pasal peti sejuk, tanyalah siapa-siapa pun mesti ada satu di rumah! Kalau tak ada peti sejuk di rumah dah jadi satu kesulitan!

 

Peti sejuk ini orang kata peralatan elektronik yang wajib ada di rumah sebab akan memudahkan pelbagai urusan di dapur, boleh simpanan makanan, barang basah dan sebagainya. 

 

Tapi rupanya masih ramai yang tak tahu cara menjaga peti sejuk dengan baik, nampak masih boleh guna jadi ramai yang fikir peti sejuk masih dalam keadaan yang bagus tetapi mungkin peti sejuk dalam keadaan yang tidak terurus. 

 

Jom Syaz kongsi beberapa tip penjagaan peti sejuk kerana bila peti sejuk dijaga dengan baik, ianya berfungsi dengan lebih efisien.

1. Jangan Sumbat Barang Sampai Penuh Peti Sejuk!

ello-AEU9UZstCfs-unsplash (1)

Memang kadang-kadang barang yang perlu disimpan dalam peti sejuk itu banyak tetapi janganlah Maduners sumbat peti sejuk itu dah macam tak akan guna peti sejuk keesokkan harinya. 

 

Cara terbaik untuk pastikan peti sejuk tidak terlalu penuh dengan pelbagai barang adalah dengan mengemas isi peti sejuk secara mingguan, barangan yang tidak lagi ingin digunakan  boleh dibuang atau dipakai masak dengan segera. 

 

Kalau banyak-banyak barang disumbat dalam peti sejuk, kalau cepat kotor juga peti sejuk!

2. Jangan Letak Peti Sejuk Berdekatan Barangan Elektronik Lain!

cong-wang-RqEEq4uF6jo-unsplash (1)

Elak meletakkan peti sejuk anda di sebelah ketuhar, mesin basuh pinggan mangkuk, atau barangan elektronik yang lain. Juga, elakkan meletakkannya berhampiran tingkap. Semua haba tambahan itu akan menyebabkan peti sejuk cuba berfungsi dengan lebih kerap yang mana akan meningkatkan bil utiliti anda!

 

Bila peti sejuk cuba berfungsi dengan lebih kerap berbanding dengan efisien, ini akan menyebabkan peti sejuk anda akan lebih cepat rosak.

3. Kedudukan Peti Sejuk Jangan Terlalu Rapat Ke Dinding.

v

Pastikan kedudukan peti sejuk tak terlalu rapat ke dinding terutamanya bahagian belakang peti sejuk Maduners. Kalau boleh sekurang-kurangnya ada ruang sebesar dua inci dari dinding membolehkan haba bergerak dari gegelung pemeluwap. 

 

Haba yang terperangkap akan menyebabkan peti sejuk anda berjalan lebih kerap.

 

Ramai yang kurang tahu berkenaan tip ini yang mana ramai fikir kalau lagi rapat peti sejuk ke dinding lagi bagus kerana lebih ruang lain untuk digunakan. Bahaya perkara ini, jadi tolong ikuti tip dua inci ini supaya peti sejuk berfungsi dengan lebih efisien.

4. Jangan Simpan Makanan Yang Terbuka Dalam Peti Sejuk

Kalau anda nak simpan makanan lebihan ke dalam peti sejuk, pastikan letak dalam bekas makanan yang mempunyai penutup dan ditutup dengan rapi!

 

Sebabnya meletakkan minuman atau makanan terbuka tanpa penutup dalam peti sejuk meningkatkan tahap kelembapan dalaman dan membuatkan peti sejuk terpaksa bekerja lebih kerap. 

 

Pastikan keluarga Maduners ikuti tip ini dengan latih mereka untuk sentiasa menutup makanan sebelum simpan dalam peti sejuk, kalau degil jentik telinga!

5. Sentiasa Peka Dengan Getah (Seal) Pada Pintu Peti Sejuk

vstretimsya-na-rassvete-yTmfI5nkOHE-unsplash (1)

Bila selalu menggunakan peti sejuk, kita terlalu lalai untuk perasan tentang perkara ini. 

 

Peti sejuk antara barangan elektronik yang sentiasa kita buka tutup bila nak masuk atau keluarkan barang dari peti sejuk. Bila dah selalu buka tutup jadi seal pada pintu pintu sejuk mungkin akan cepat lekang, jadi pastikan anda sentiasa peka dengan seal peti sejuk tersebut!

 

Tak kiralah peti sejuk Maduners jenis yang lama atau model yang terkini, harap-harap lepas ini dapat jaga peti sejuk dengan baik supaya ianya berfungsi dengan lebih efisien!

Post a Comment