Ribuan Duit Habis Cantik Luaran Tapi Dalaman? Pentingnya Vitamin Untuk Kekal Sihat!
Pentingnya Vitamin Untuk Kekal Sihat

Ribuan Duit Habis Cantik Luaran Tapi Dalaman? Pentingnya Vitamin Untuk Kekal Sihat!

Ramai dalam kalangan wanita tak kisah jika perlu melabur untuk kecantikan. Bahkan ribuan ringgit sanggup dihabiskan untuk membeli produk kecantikan dan peralatan make up demi tampil cantik!

 

Namun harus diingat untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, penjagaan dalaman juga perlu dititikberatkan. Makanan yang berkhasiat juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

kulit-yang-cantik-Manis-Madu-768x509

Hari ini Madu akan kongsi 5 jenis vitamin yang sesuai untuk korang dapatkan kulit yang diidamkan.

jenis-vitamin-Manis-Madu

#1 Vitamin C

Paling famous! Vitamin C bukan sahaja disyorkan dalam melawan penyakit dan meningkatkan imunisasi tetapi ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Sekitar 90 mg (lelaki), 75 mg (wanita) jumlah yang perlu diambil oleh golongan dewasa setiap hari.

 

Vitamin C boleh didapati melalui pemakanan sayuran hijau dan buah oren. Selain itu, ia boleh didapati melalui suplemen dan suntikan.

oren

Vitamin C dapat bantu mengurangkan kedutan di wajah, memberi kelembapan pada kulit dan memudarkan tompok hitam.

#2 Vitamin E

Vitamin E sangat sinonim sebagai vitamin untuk kulit. Keperluan harian bagi dewasa adalah sekitar 15 mg. Antara kebaikan vitamin E adalah merawat kulit kering, melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran UV, memudarkan parut jerawat dan kekalkan keanjalan kulit.

health-nuts-snacks

Sumber Vitamin E boleh didapati melalui bayam, kekacang, minyak zaitun dan lain-lain. Pengambilan suplemen juga adalah salah satu sumber vitamin E tetapi perlulah atas nasihat doktor.

#3 Vitamin K

Jarang-jarang didengar tentang vitamin K bukan? Tetapi khasiatnya bagus untuk kulit! Vitamin K dapat membantu mengatasi masalah selulit (stretch mark), bekas luka, bintik hitam dan lingkaran bawah mata.

brokoli

Keperluan vitamin K bagi dewasa sekitar 65 mg (lelaki) dan 55 mg (wanita). Amalkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi untuk mendapat manfaatnya tapi perlu elakkan pengambilan berlebihan kerana boleh menyebabkan penggumpalan darah.

#4 Vitamin A

Pengambilan vitamin A juga bagus untuk kulit. Ia dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat, menjadikan kulit lebih halus dan mulus, mengurangkan kedutan dan mengatasi kusam. Vitamin A juga bermanfaat dalam menjaga kesihatan mata!

mata

Sebanyak 600 mg vitamin A diperlukan oleh golongan dewasa setiap hari dan ia boleh didapati melalui sumber seperti lobak merah dan sayur-sayuran hijau.

lobak merah

#5 Vitamin B Kompleks

Terdapat salah satu formula dalam vitamin B yang dikenali sebagai biotin. Biotin bertindak sebagai asas yang membentuk kulit, kuku dan sel rambut. Tanpa kadar biotin yang cukup, boleh menyebabkan dermatitis dan keguguran rambut.

5-bahan-organik-yang-dapat-bantu-selesaikan-masalah-rambut-768

Untungnya, khasiat vitamin B Kompleks boleh diperolehi daripada beras, bijirin, telur dan pisang.

 

Haa, vitamin-vitamin tersebut adalah vitamin yang boleh korang amalkan untuk menjaga kecantikan dari dalam. Bila dalaman dah settle, tak susah nak jaga kulit luaran. Percayalah!

Sumber: myhealth , webmd

Post a Comment